Makanan Mengandungi Probiotik

Susunan Oleh: Info Kesihatan

Tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda? Berikut adalah 13 makanan, yang mengandungi kultur hidup, untuk anda bermula:

Yogurt

yogurtYogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobacillus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus anda. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan intoleransi laktosa. Ia juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Semak label untuk pastikannya.

Sup Miso

SUP_MISOSup tradisional Jepun yang mengandungi pes kacang soya difermentasi dan stok “dashi”. Beberapa bahan lain seperti taufu dan sayuran ditambah mengikut pilihan peribadi. Sangat popular di restoran Jepun, contoh Sushi King. Ia rendah kalori dan tinggi dalam probiotik, vitamin B, antioksidan dan protein.

Susu Soya

info kesihatanSoya semula jadi mengandungi beberapa manfaat probiotik, tetapi produk susu soya terbaru di pasaran mempunyai kultur hidup sebagai tambahan (saya tak pasti sama ada dah terdapat di pasaran Malaysia). Untuk pastikan, semak label yang menyatakan “kultur hidup dan aktif”.

Kefir

probiotikKefir, minuman berasal dari Eropah Timur, ianya tebal, berkrim, dan masam seperti yogurt. Boleh dikatakan kacukan antara yogurt dan susu, atau pun smoothie susu.  Satu cara yang lazat untuk memasukan probiotik dan vitamin ke dalam sistem anda. Saya tak pernah jumpa minuman kefir ni. Minuman susu yogurt, contohnya Nestle Bliss, nampaknya menepati gambaran yang diberikan.

Jeruk

probitotikUntuk mendapatkan probiotik dari jeruk, pilih jeruk yang difermentasi secara semula jadi di mana cuka tidak digunakan dalam proses penjerukan. Larutan garam laut dan air menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan turut memberikan beberapa manfaat penghadaman. Anda boleh memasukkan jeruk ke dalam sandwich untuk rasa kerangupan.

Tempe

Dibuat dari kacang soya difermentasi, ianya penuh dengan vitamin B12 dan sejenis antibiotik semula jadi untuk melawan bakteria tertentu. Di samping itu, tempe mengandungi protein yang sangat tinggi.Ia boleh dipanggang, bakar atau tumis untuk hidangan yang lazat. Ianya juga boleh diperap dan digunakan sebagai pengganti kepada daging.

Suplemen Probiotik

Di samping boleh didapati dalam makanan, probiotik juga boleh didapati sebagai makanan tambahan atau suplemen dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk, dan cecair. Walaupun tidak mengandungi nutrisi seperti yang terdapat dalam makanan, ianya lebih mudah untuk diambil dan dibawa kemana-mana. Jika anda sakit atau mempunyai masalah sistem imun, anda mungkin mahu berhati-hati dalam pengambilan probiotik.

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kultur Hidup

info kesihatanKultur hidup (Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium lactis dan Streptococcus Thermophillus) adalah bakteria baik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan seterusnya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien penting daripada makanan.

Sumber: Reader’s Digest

Satu Respons untuk Makanan Mengandungi Probiotik


  1. Artikel yang menarik. Antara kebaikan probiotik ialah ia dapat melegakan masalah sembelit kerana probiotik dapat menstabilkan koloni-koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>