Kehebatan Merancang

Dalam dunia yang semakin sibuk sekarang, sedikit perancangan akan memberi manfaat yang banyak. Mulakan hari anda tanpa sebarang perancangan, kemungkinan besar anda akan mencapai kurang daripada yang anda inginkan. Tanpa perancangan, anda akan menambahkan banyak perkara yang boleh dielakkan kepada “Senarai Tugas Yang Perlu Dilaksana” di dalam minda anda, dan menyumbang kepada stres.

Ini masanya untuk kurangkan stres, memperkemas lebih banyak perkara dan menyelesaikan tugas dengan cara yang mudah – semuanya dengan kehebatan merancang. Berikut adalah beberapa tips perancangan untuk memastikan kehidupan harian, mingguan, bulanan atau tahunan anda berjalan dengan lancar:

Langkah 1. Sediakan Senarai (dan semak dua kali): Memulakan hari tanpa perancangan yang jelas tentang perkara yang akan dilakukan akan membuat anda “merayau” tanpa tujuan, sedikit sahaja dapat diselesaikan dan anda menjadi semakin kecewa. Sediakan senarai harian bagi tugas yang jelas perlu dilakukan, mampu dicapai dan susun mengikut keutamaan mereka. Potong setiap tugas (di dalam kepala atau di atas kertas) setelah anda menyelesaikannya. Anda akan merasa kagum dengan perasaan yang anda akan alami setiap kali tugasan dipotong daripada senarai semasa anda meniti hari anda.

Langkah 2. Kerja Secara Bijak Bukan Kuat: Tidak kira sama ada “Senarai Tugas Perlu Dilakukan” anda mempunyai 20 perkara atau dua sahaja; jika anda tidak menyelesaikannya dengan cara bijak, anda akan melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Ia bermaksud bukan sahaja memberi tumpuan kepada senarai keutamaan (Langkah 1), tetapi juga bagaimana anda boleh kumpulkan tugasan agar anda dapat menyelesaikannya dalam satu masa. Sebagai contoh, anda perlu pergi ke kedai di Jalan 1 dan di Jalan 3. Ianya tidak jauh daripada klinik di mana anda perlu menghantar anak untuk temujanji dengan doktor gigi pada jam 3.00 petang, dan juga menghantar anak yang seorang lagi untuk kelas piano pada jam 3.30 petang tidak jauh dari klinik gigi. Tengok jika anda dapat lakukan ketiga-tiga tugas tersebut satu selepas yang lain memandangkan ianya di sekitar dan lingkungan masa yang sama.

Langkah 3. Jangan Hancurkan Senarai: Senarai harian anda adalah SENARAI – Sebaik sahaja anda memindanya, menambah tugasan, dll, hancur semuanya. Jika boleh, tunda tugasan baru ke senarai untuk esok, atau paling kurang semak semula perancangan anda agar anda tidak terbeban pada mana-mana hari berkenaan. Kita semua tahu bahawa akan ada benda baru yang timbul, biasanya ketika ianya tidak dijangkakan – tetapi fikir terlebih dahulu sebelum anda secara membabi buta memasukkannya ke dalam SENARAI HARIAN anda.

Langkah 4. Jangan Takut Kepada Perubahan: Jika anda dapati SENARAI anda sentiasa tidak terurus, dengan senarai baru lebih panjang daripada sebelumnya; atau tugasan tertentu perlu dimasukkan dalam senarai tetapi tidak pernah tersenarai walaupun patut disenaraikan, jangan takut untuk fikir semula tentang keutamaan anda, tanggungjawab dan kehidupan amnya. Kadangkala yang indah tentang perancangan adalah proses penemuan – mengetahui banyak mana yang anda dapat lakukan; banyak mana yang tidak dapat diselesaikan; dan apa yang perlu diubah dalam hidup anda untuk membolehkan anda menjalankan tanggungjawab dan masih mempunyai masa untuk diri sendiri. Itulah kehebatan merancang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *