Mangkuk Lebih Kecil, Bahagian Lebih Kecil

Kajian baru menunjukkan mangkuk yang lebih kecil boleh menjadi cara mudah untuk membantu kanak-kanak makan sedikit dan dengan itu dapat mengelakkan mereka daripada obes.

Diumumkan baru-baru ini, kajian di Amerika yang melibatkan 69 orang kanak-kanak prasekolah yang memakan bijirin dan susu dari mangkuk bersaiz lapan hingga 16 auns sehingga mereka kenyang. Kanak-kanak yang makan dari mangkuk besar meminta 87% lebih bijirin dan susu.

budak makan bijirin“Cara paling cepat untuk ibu bapa membantu anak-anak makan kurang kemungkinan memberi mereka mangkuk lebih kecil,” kata Brian Wansik, pengarang utama dan profesor ekonomi tingkah laku di Universiti Cornell.

Dalam kajian kedua, melibatkan 18 orang kanak-kanak sekolah rendah, penyelidik menggunakan penimbang rahsia yang tertanam di dalam meja untuk menimbang setiap hidangan bijirin sebelum dan selepas kanak-kanak makan untuk menentukan berapa banyak yang dimakan.

Kanak-kanak dengan mangkuk besar meminta 69% lebih bijirin dan susu dan juga makan 52% lebih.

“Mangkuk yang lebih besar menyebabkan kanak-kanak meminta sehingga dua kali ganda jumlah makanan, yang menyebabkan pengambilan yang lebih banyak dan juga pembaziran yang lebih tinggi,” kata pengarang bersama, Koert Van Ittersum dari Universiti Gronigen.

“Berdasarkan penemuan tersebut, penggunaan pinggan mangkuk yang lebih kecil untuk kanak-kanak mungkin menjadi penyelesaian yang mudah untuk penjaga yang prihatin mengenai pengambilan kalori anak-anak mereka.”

Kajian tersebut telah diterbitkan baru-baru ini di dalam Journal of Pediatrics. Kajian terdahulu yang diterbitkan di dalam Journal of Consumer Research pada tahun lepas menyokong teori untuk orang dewasa juga, penemuan bahawa mereka yang makan dari pinggan dan mangkuk bersaiz kecil makan lebih sedikit.

Kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal yang sama mendapati bahawa mereka yang menggunakan garpu besar juga cenderung untuk makan kurang. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>