Jangan Bersedih: Tiga Cara Untuk Tingkatkan Keceriaan

Walaupun kita kadangkala lupa untuk memupuk kebahagian diri sendiri, merasa gembira dan ceria adalah sangat penting. Jika kita gembira, besar kesannya ke atas kehidupan kita. Kita akan lebih kreatif, bertenaga, ceria dan ia boleh membuat kita lebih berjaya.

Berikut adalah tiga cara untuk menghilangkan kemurungan:

Pemakanan: Kemurungan selalu dikaitkan atau menjadi lebih teruk disebabkan tabiat makan yang buruk; mereka yang risau tentang pilihan makanan mereka atau yang bertambah berat badan disebabkan olehnya berkemungkinan besar tidak menyukai diri sendiri, yang menanam benih untuk keyakinan diri yang rendah, kebimbangan dan kemurungan. Makan tidak menentu (tidak ikut masa), terlebih makan dan cara makan tidak sihat yang lain akan meningkatkan kemungkinan anda merasa murung.

Bersantai: Sesetengah pakar percaya kemurungan adalah reaksi kepada tekanan dan kebimbangan yang terhasil; apabila seseorang merasa kalah dan melihat “bahaya” dalam bentuk tekanan yang sentiasa mengintai di setiap sudut, mereka boleh menjadi murung sebagai mekanisme menghadapi keadaan. Kemurungan juga seolah-olah didahului atau disertai dengan kebimbangan, yang menyukarkan untuk mencari cara bagi mengurangkan tekanan.

Senaman: Bukti menunjukkan aktiviti fizikal meningkatkan keupayaan badan untuk mengambil tekanan dan memberi kesan kepada sistem saraf dan neurohormon yang bertanggungjawab atas emosi dan perasaan. Senaman yang konsisten juga meningkatkan persepsi positif diri dan rasa sihat, mengurangkan kemungkinan merasa bimbang, perkara negatif dan kemurungan yang timbul di dalam minda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *