Hilangkan 5 Kilo Terakhir
Berjuta orang menghilangkan berjuta kilogram setiap tahun, hanya untuk menambahkannya semula, acap kali dengan sedikit tambahan daripada asal. Satu daripada sebab utama untuk kegagalan jangka panjang adalah cabaran untuk menghilangkan 5 kilogram terakhir – 5 kilogram terakhir untuk mencapai berat ideal.
Apabila anda fikir anda telah hilangkan kesemua kilogram yang anda boleh dan tidak boleh menghilangkan lebih banyak lagi (walau pun anda tahu anda perlu hilangkan), berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda hingga ke garisan penamat dalam perlumbaan menghilangkan berat badan berlebihan:
Pelbagaikan Aktiviti Anda: Badan anda mudah menyesuaikan diri dengan keperluan fizikal, bermakna jika anda tidak pelbagaikan senaman, badan anda akan berhenti bertindak balas. Mempelbagaikan senaman mungkin memerlukan anda berusaha lebih sedikit, tetapi ianya berbaloi apabila anda membakar lemak dan kilogram.
Kekuatan Berakan: Jika anda belum lagi mempunyai rakan untuk aktiviti fizikal anda, apa yang anda perlukan adalah mencarinya dengan segera, terutamanya apabila pergi ke gym telah kehilangan tarikan yang pernah ada dahulu. Kajian menunjukkan sokongan, sama ada di gimnasium atau melalui panggilan telefon, adalah penting untuk kejayaan jangka panjang dalam mana-mana program penurunan berat badan.
Fikir Semula: Bukan mudah untuk menurunkan berat badan; Kadang-kadang anda perlu melihat kembali (gambar, video, dan lain-lain) diri anda yang lebih berat berbanding sekarang untuk menghargai kejayaan yang anda telah capai setakat ini dan memberi semula galakan kepada diri sendiri untuk terus melangkah ke hadapan dan bukannya ke belakang.
Leave a Reply