Adakah Berbaloi Untuk Makan Ubat Tahan Sakit

ubat-tahan-sakitApabila sakit, anda mungkin merasa tidak tahan. Tidak ada yang lebih penting kecuali mencari ubat untuk menahan sakit walaupun sakitnya tidaklah teruk sangat. Masalahnya, syarikat-syarikat farmaseutikal telah menggunakan media dan doktor perubatan untuk menolak ubat tahan sakit kepada pesakit sebagai penyelesaian tunggal. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat, ia melibatkan 259 juta preskripsi setiap tahun.

Ada dua masalah berkenaannya: Pertama, melegakan kesakitan adalah penting, tetapi ia jarang menangani punca sebenar masalah. Ini bermakna kesakitan akan kembali semula – dan anda akan perlu terus menerus mengambil ubat penahan sakit untuk melegakan rasa sakit.

Kedua, bukti menunjukkan ubat penahan sakit mungkin menghilangkan rasa sakit secara kekal (dan tidak dengan cara yang baik) – dengan menghilangkan kemampuan pesakit untuk merasa sakit atau perkara lain pun begitu juga. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 46 orang rakyat Amerika mati setiap hari akibat dos berlebihan ubat penahan sakit. Itu bermakna hampir 17,000 orang rakyat Amerika setahun yang berusaha untuk menghilangkan rasa sakit – dan akhirnya mati disebabkannya.

Jika anda berada dalam kesakitan, jangan hanya bergantung kepada kabinet ubat atau preskripsi doktor. Dapatkan penilaian yang teliti daripada doktor pakar untuk menentukan punca kesakitan, dan kemudian bertanya tentang rawatan alternatif bukan dadah seperti kiropraktik. Melegakan kesakitan adalah penting – tetapi ia tidak berbaloi untuk mati kerananya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *