Kerja untuk Tempoh yang Lama Tidak Baik

Pada akhir tahun lepas banyak akhbar luar negara melaporkan hasil kajian yang menyatakan bekerja untuk satu tempoh masa yang lama akan mendedahkan pekerja kepada risiko mendapat strok dan serangan jantung.

Kajian terbesar dikendalikan mengenai isu ini, dijalankan di tiga benua dan diketuai oleh ahli sains di University College London, mendapati bahawa mereka yang bekerja lebih 55 jam seminggu mendapat 33% pertambahan risiko terkena strok berbanding mereka yang bekerja 30 hingga 40 jam seminggu. Mereka juga mendapat peningkatan 13% dalam risiko penyakit jantung koroneri.

Penemuan tersebut mengesahkan tanggapan bahawa budaya masa lama, di mana pekerja memulakan kerja di awal pagi hingga ke lewat petang, dan juga mencerobohi ke hari minggu, adalah berbahaya kepada kesihatan.

Penyelidik tersebut, menerbitkan penemuan mereka di dalam jurnal perubatan Lancet, menyatakan mereka tidak dapat tidak boleh menyatakan secara kategorikal bahawa masa kerja yang lama menyebabkan seseorang mendapat strok – tetapi kajian mereka menunjukkan bahawa terdapat kaitan, dan ia menjadi lebih kuat kerana waktu orang bekerja menjadi semakin lebih lama.

Kajian yang dijalankan oleh Liu Y dan Tanaka H, yang diterbitkan di dalam Occupational and Environmental Medicine keluaran 2002:59, kemungkinan membuktikan bekerja lebih masa dan untuk tempoh yang lama menyebabkab serangan jantung.

Kajian dijalankan Untuk menentukan hubungan antara jam bekerja, waktu tidur, dan risiko serangan jantung pada lelaki Jepun, 40 ke 70 tahun yang telah mengalami serangan jantung berbanding dengan lelaki yang sebaya yang tidak mengalami. Dari 1996-1998, mereka ditemuramah untuk mengumpul maklumat kerja dan faktor gaya hidup.

Masa yang lama di tempat kerja, kurang tidur pada waktu malam, dan kurang cuti semuanya dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi daripada serangan jantung, dengan kombinasi faktor tersebut dan berlaku kebelakangan ini meningkatkan lagi risiko. Lelaki yang tidur lima jam atau kurang setiap malam sekurang-kurangnya dua hari setiap minggu mempunyai dua hingga tiga kali risiko mengalami serangan jantung berbanding dengan lelaki tidur lebih; lelaki yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat serangan jantung, berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Jika anda selalu bekerja untuk tempoh yang panjang dan kekurangan tidur disebabkannya, tanya diri anda: Adakah kerjaya saya benar-benar berbaloi? Bukan sahaja terlebih bekerja menyebabkan anda mengabaikan keluarga anda atau mereka yang rapat dengan anda, ia mungkin juga memendekkan hayat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *