Category Archives: Makanan Sihat
Blueberry dan Anggur Merah Boleh Meningkatkan Imuniti
Terjemahan Info Kesihatan.
Satu kajian baru mendapati bahawa bahan kimia dalam anggur merah dan blueberry boleh meningkatkan sistem imun badan anda.
Penyelidik daripada Oregon State University mengkaji impak 446 jenis bahan kimia berbeza terhadap sistem imun manusia. Penemuan yang diterbitkan di dalam Jurnal Molecular Nutrition and Food Research menunjukkan dua sebatian, resveratrol yang terdapat dalam anggur merah dan pterostilbene ditemui di dalam blueberry, apabila digabungkan dengan vitamin D, boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menangkis penyakit.
Makanan Mengandungi Probiotik
Susunan Oleh: Info Kesihatan
Tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda? Berikut adalah 13 makanan, yang mengandungi kultur hidup, untuk anda bermula:
Yogurt
Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobacillus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus anda. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan intoleransi laktosa. Ia juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Semak label untuk pastikannya.