Category Archives: Tips Kesihatan
Berat Badan Turun Tanpa Pil
Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, seperti terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut.
Berikut beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme dan menurunkan berat badan anda:.
Pentingnya Tidur Berkualiti
Sehingga kini fokus penjagaan kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan tidur yang cukup setiap malam, iaitu sebanyak 7 atau 8 jam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting untuk pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda.
Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.
Cara Untuk Warga Emas Mengekalkan Mental Tajam
Tidur malam selama tujuh jam dan banyak membaca.
Nampaknya itulah formula ajaib untuk membuat mental selalu cergas ketika usia tua. Selepas menganalisis gaya hidup 245 orang warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, penyelidik daripada Universiti Cerdenal Herrera, Valencia, Sepanyol mendapati mereka yang tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit dan menjauhkan diri daripada aktiviti yang merangsang otak seperti membaca mempunyai risiko peningkatan kemerosotan kognitif yang lebih tinggi.