Pelan Pemakanan Sihat: Lebihkan yang ini, kurangkan yang itu
Garis panduan terbaru dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat menyediakan satu pelan untuk kesihatan yang lebih baik melalui pemakanan. Namun begitu anda perlu membuat beberapa penyesuaian untuk menjadikan garis panduan tersebut sebagai sebahagian daripada rutin pemakanan sihat harian anda.
Berikut adalah beberapa pengesyoran utama di dalam garis panduan tersebut untuk membantu anda dan keluarga makan makanan lebih sihat dan berkhasiat:
Katakan Tidak Kepada Gula
Gula telah lama disenaraikan sebagai makanan tidak sihat, tetapi garis panduan baru ini melangkah lebih jauh, terutamanya apabila mengenai gula yang terdapat di dalam makanan diproses. Pengesyoran baru mencadangkan agar gula tambahan ini tidak melebihi daripada 10 peratus kalori harian, turun daripada 15 peratus di dalam garis panduan lama.
Kurangkan Pengambilan Garam
Garis panduan ini mengesyorkan kita mengambil tidak lebih daripada 2,300 miligram garam sehari. Dari perspektif visual, tidak melebihi satu sudu gula sehari. Dari perspektif nombor, satu tin sup (2-3 hidangan) mengandungi sekurang-kurangnya jumlah tersebut, atau mungkin lebih. Garam juga merupakan bahan utama di dalam kebanyakan makanan diproses, makanan dibungkus, dan sudah tentu, makanan segera dan makanan restoran.
Pastikan Protein Tanpa Lemak
Garis panduan ini memperakukan daging tanpa lemak, ayam belanda, ayam, ikan, kekacang dan bijirin sebagai elemen pemakanan sihat, tetapi menggesa rakyat Amerika mengambil tidak lebih daripada 10 peratus daripada kalori harian mereka dari lemak tepu. Ini bermakna memastikan daging yang diambil adalah daging tanpa lemak dan elakkan daging biasa – dan hiasan atas daging seperti mentega, susu penuh/krim dan minyak tertentu.
Setia Dengan Ruji
Walaupun tidak menyokong diet vegetarian, garis panduan dikemaskini menekankan bahawa baki daripada diet harian seharusnya banyak mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran yang berwarna-warni, kekacang (kacang dan lenggai) dan bijirin penuh. Mengikut garis panduan tersebut, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pengambilan bijirin setiap hari anda hendaklah mengandungi pelbagai bijirin penuh/tulen.
Garis panduan pemakanan sihat tersebut boleh diakses melalui laman web health.gov.
Leave a Reply