4 Langkah Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Sihat Dan Mengembirakan

Kita dah hampir sampai ke bulan Jun, bagaimana dengan azam tahun baru 2015 anda?

Seperti kebanyakan orang, mungkin antara azam anda adalah memperbaiki tahap kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jika anda belum menggariskan atau menyenaraikan apa gaya hidup sihat yang ingin diamalkan, di bawah disenaraikan prinsip utama Kesihatan dan Kesejahteraan. Baca, pelajari dan amalkan prinsip-prinsip ini dan lihat kesihatan, semangat dan kesungguhan untuk hidup anda melonjak!

  1. Tidur awal, bangun awal: Mereka kata tiada yang baik berlaku selepas jam 2 pagi; kata-kata tersebut terpakai jika anda berjaga hingga ke awal pagi, terutamanya selepas hari yang panjang. Jika anda bangun pada pukul 6.00 pagi, pastikan anda masuk tidur selewatnya jam 10 malam untuk memberikan anda sekurang-kurangnya lapan jam tidur. Semakin lama anda berjaga, melawan keletihan, menonton rancangan televisyen lewat malam yang memudarkan otak atau membuka laci makanan ringan, semakin kurang peluang anda mendapat tidur yang merehatkan dan memulihkan badan.
  2. Ambil sebiji ubat sehari: Ketawa: Ketawa memang ubat yang terbaik, terutamanya apabila anda mengambil kira pelbagai kesan sampingan yang terdapat pada hampir setiap ubat yang berada di pasaran, preskripsi atau di kaunter. Lebih banyak anda ketawa, lebih banyak anda tersenyum lebih banyak anda melepaskan tekanan yang terpendam, kemarahan, kebencian atau kekecewaan yang kita semua alami pada satu titik dalam hidup kita. Cuba ketawa dan rasa tertekan pada masa yang sama. Anda akan kalah tetapi ianya merupakan satu kemenangan besar untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.
  3. Gunakan suara anda: Orang yang berkongsi – tentang kebimbangan mereka, kegembiraan mereka, kekecewaan mereka, impian mereka, dan lain-lain – biasanya akan merasa kesejahteraan diri semakin meningkat berbanding dengan mereka yang menyimpannya. Tiada siapa yang patut menyerap tekanan hari demi hari, dan badan pasti tidak boleh menanggungnya di sepanjang masa; demikianlah hubungan antara tekanan jangka panjang dan penyakit, termasuk kanser. Jadi luahkan apa yang ada di fikiran anda dengan rakan, ahli keluarga atau sesiapa yang anda boleh percayai dan yang menghargai; perbualan yang baik merupakan komponen penting dalam kehidupan yang sihat.
  4. Makan luar sekali sekala: Makan di luar sekali sekala bukan sahaja menguatkan semangat anda dan membolehkan anda meraikan keputusan sihat yang anda buat di sepanjang minggu, tetapi ia bermakna pada masa lain anda makan makanan yang dimasak di rumah. Sediakan majoriti makanan anda dengan menggunakan bahan mentah, segar dan asli, yang akan menyegarkan diri anda dan membuat anda bersedia menghadapi kehidupan. Kemudian seminggu sekali raikan dengan makanan istimewa yang disediakan oleh orang lain.

Hidup sihat sebenarnya adalah mengenai membuat komitmen kepada tabiat sihat yang anda tahu adalah baik untuk anda. Malangnya, terlalu ramai di antara kita yang melebihi batas dan akhirnya membayar harga yang mahal iaitu kesihatan yang tidak baik. Amalkan langkah-langkah di atas dan petua kesihatan dan kesejahteraan lain bermula hari ini; kemudian raih faedahnya sepanjang tahun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *