Rahsia Manfaat Makan Bersama

Amalan makan bersama-sama tidak seperti dahulu lagi, terdapat bukti yang menunjukkan akibat yang menakutkan. Bukan hanya dari perspektif pemakanan, malah kanak-kanak lebih berkemungkinan untuk terlibat dengan aktiviti tidak bermoral apabila makan bersama keluarga tidak lagi diamalkan di rumah mereka.

Berikut adalah beberapa faedah yang anak-anak anda akan dapat dengan memastikan ahli keluarga anda makan bersama-sama secara tetap di meja makan:

Makan-BersamaJauh Dari Aktiviti Tidak Bermoral: Ini yang paling utama. Kanak-kanak yang selalu makan bersama keluarga akan jauh dari penyalahgunaan dadah, seks haram dan lain-lain aktiviti tidak bermoral. Mereka juga berkemungkinan besar tidak akan berkawan dengan mereka yang mempunyai masalah moral. Macam mana sekarang? Bukankah itu sebab yang besar untuk anda pastikan anak-anak anda selalu makan bersama keluarga?

Akademik: Remaja yang suka makan malam bersama keluarga secara kerap (sekurang-kurangnya tiga kali seminggu) besar kemungkinan mencapai gred yang lebih baik di sekolah berbanding dengan remaja yang makan bersama keluarga hanya dua kali atau kurang seminggu.

Komunikasi: Makan bersama keluarga memberi peluang untuk perbualan atau komunikasi, meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata. Perbincangan dan perbahasan juga boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan dan memupuk pemikiran kritis atau kemahiran bercakap.

Struktur: Siapa yang tidak berasa hebat mengetahui bahawa pada kebanyakan hari, mereka boleh bersama-sama dengan keluarga mereka di suatu tempat dan masa yang ditetapkan? Makan bersama keluarga memberi anak-anak struktur, membuat mereka merasa dilindungi dan selamat, di samping membolehkan ibu bapa memantau dan menangani “angin” anak-anak mereka dalam persekitaran yang konsisten.

Kurang Stres: Kajian menunjukkan kerap makan bersama keluarga akan mengurangkan tekanan emosi dan menyumbang kepada kepuasan keseluruhan yang lebih tinggi dengan kehidupan berbanding dengan remaja yang kurang makan bersama keluarga.

Dah cukup? Dalam dunia yang dipacu oleh teknologi, banyak keadaan yang membuat kita melakukan sesuatu secara sendirian atau setidak-tidaknya terpisah antara satu sama lain walau pun duduk bersama (sibuk dengan sms, Whatsapp, Facebook dan sebagainya). Seperti yang anda boleh lihat dari senarai manfaat di atas, ia cukup berbaloi untuk selalu makan bersama keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *