Bahan Kimia Tingkatkan Risiko Keguguran
Menurut kajian terkini, komponen biasa dalam bungkusan makanan, penjagaan diri dan barang kegunaan harian yang lain boleh menyebabkan keguguran.
Kajian yang melibatkan lebih daripada 300 orang wanita mendapati ada hubungan antara phthalates (bahan kimia dalam bungkusan makanan) tertentu dengan keguguran – kebanyakannya antara lima hingga 13 minggu.
Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan enam jenis phthalates di dalam produk untuk kanak-kanak, namun begitu masih ada beberapa jenis yang dicampur ke dalam sabun, syampu, tikar vinyl dan cat.
Kajian terdahulu menunjukkan pendedahan jangka panjang kepada sedikit sahaja bahan kimia tersebut boleh menyebabkan keguguran dan masalah kesihatan lain pada binatang kajian.
Satu kajian menunjukkan pekerja kilang yang terdedah kepada jumlah signifikan kimia tersebut di tempat kerja mengalami peningkatan risiko keguguran.
Memandangkan tidak banyak kajian dijalankan mengenai kesan phthalates di kalangan wanita yang terdedah kepadanya di luar tempat kerja, para penyelidik menguji air kencing 132 orang wanita yang mengalami keguguran dan 172 orang wanita mengandung yang sihat. Walaupun kajian ini tidak memberikan bukti secara langsung, wanita mengandung yang ingin mendapat cahaya mata lebih baik menjauhkan diri dari diethly phthalate (DEP), di-isobutyl phthalate (DiBP) dan di-n-butyl phthalate (DnBP).
Kajian tahun 2013 yang dijalankan di Hospital Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika mengaitkan phthalates dengan kelahiran pramatang.
Penyelidik mengkaji air kencing 130 wanita yang bersalin pramatang dan 253 orang yang dijadikan sebagai peserta kumpulan kawalan. Kajian menunjukkan kaitan antara kelahiran pramatang dengan pendedahan kepada bahan kimia tersebut sewaktu mengandung. Penyelidik menyatakan data mereka sudah cukup kuat untuk mengambil tindakan bagi mengurangkan atau mencegah pendedahan kepada phthalates di kalangan wanita mengandung.
Ketua Pengarang, Kelly K Ferguson, daripada Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Michigan, menjalankan lebih banyak kajian dalam tahun 2014 yang membuat kesimpulan bahawa kompaun tersebut menyebabkan stres oksidatif yang boleh merosakkan DNA dan lipid tertentu.
Stres oksidatif adalah ketidak seimbangan antara molekul yang kaya dengan oksigen, iaitu radikal bebas, dengan antioksidan yang yang meneutralkannya.
Ia juga dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan.
Leave a Reply