Category Archives: Berita
6 Tips Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

Untuk membantu berjuta-juta rakyat Amerika yang mempunyai tekanan darah tinggi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, Persatuan Perubatan Amerika (AMA) mengeluarkan enam tips bertujuan untuk memperbaiki tahap kesihatan jantung mereka.
Menurut Presiden AMA, tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan strok di Amerika, namun begitu sebilangan besar orang dewasa Amerika hidup dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal – menjadikan mereka berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok. Dengan membantu pesakit memantau dan mengawal tekanan darah mereka, tahap kesihatan mereka akan bertambah baik dan kos rawatan dapat dikurangkan.
WHO Lancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik
Kempen peringkat antarabangsa untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang lebih baik dilancarkan oleh WHO pada Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia ( 16 hingga 22 November).
Acara tersebut adalah untuk mengingatkan kita semua bahawa ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat. Ia juga menekankan kepentingan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Apa Yang Meningkatkan Tekanan Darah Anda?
Terdapat dua ukuran yang dianggap sebagai “peramal” penting hipertensi (tekanan darah tinggi): Ukuran tersebut adalah Indeks Jisim Badan (BMI) dan lilitan pinggang. Ramalan ini berbeza berdasarkan jantina. Menurut kajian, BMI memainkan peranan yang penting dalam risiko hipertensi di kalangan lelaki, tetapi di kalangan wanita, ukur lilit pinggang adalah penting. Jadi, jika anda seorang lelaki, perhatikan BMI anda. Puan-puan pula, perhatikan ukur lilit pinggang anda.
Artikel berkaitan Pastikan BP Anda Di Dalam Had Selamat.
Kalium Dikaitkan Dengan Pengurangan Strok di Kalangan Wanita
Menurut satu kajian baru, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu dalam pencegahan strok di kalangan wanita. Dalam kajian tersebut, yang disiarkan di dalam jurnal Stroke penyelidik memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur 50-79 untuk tempoh purata 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2,600 mg sehari. Kajian menyatakan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.
Ambil Pendirian Menentang Duduk
Buat pendirian untuk kurangkan duduk berpanjangan. Banyak bukti yang menunjukkan duduk berpanjangan, walaupun duduk untuk melakukan aktiviti yang “produktif”, seperti ramai daripada kita lakukan di tempat kerja, dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius – kematian – berbanding dengan gaya hidup yang lebih aktif. Masalahnya ialah kajian menunjukkan penyelesaian bukan semudah menggantikan masa duduk dengan masa bersenam. Anda boleh bersenam selama empat jam sehari, tetapi jika masa selebihnya anda habiskan dengan duduk, anda meningkatkan risiko anda mendapat kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang tidak menyenangkan dan mengancam nyawa.
Lemak Di Bahagian Dalam
Kurus mungkin termasuk dalam senarai, tetapi menggeleber pasti terkeluar. Sesetengah doktor kini percaya bahawa lemak di sekeliling organ seperti jantung, hati dan pankreas mungkin boleh menjadi sama bahaya (jika tidak lebih berbahaya) dengan lemak yang anda boleh lihat daripada luar.
Vitamin D Untuk Fibromyalgia
Fibromyalgia mempunyai impak yang signifikan ke atas kualiti hidup seseorang dan malah boleh menyebabkan seseorang hilang pekerjaan. Ia adalah suatu keadaan yang menyakitkan yang juga boleh menyebabkan sakit yang berterusan, keletihan, kehilangan tidur, kemurungan dan mengurangkan tumpuan.