Cegah Kanser Dengan Kardio

Berjalan, menaiki tangga, berbasikal dan senaman lain meningkatkan kecergasan kardiorespiratori kita (keupayaan sistem peredaran darah dan pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot rangka semasa aktiviti fizikal yang berterusan).

Jika anda mendapati diri anda habis nafas selepas berjoging sekejap atau berhenti selepas beberapa minit berada di atas treadmill, anda kekurangan stamina kardio yang badan anda perlukan.

Mengapa kardio penting? Selain menjadi alat yang hebat untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang lebih baik, kajian menunjukkan kita semua memerlukan kardio dalam usaha kita untuk mencegah kanser. Kajian ini mengikuti lebih daripada 13,000 lelaki pertengahan umur selama 38 tahun untuk menentukan bagaimana kesan kecergasan kardio ke atas risiko kanser. Kajian mendapati terdapat kaitan songsang antara kecergasan kardiorespiratori (CRF) pertengahan umur dengan kejadian kanser paru-paru dan kanser kolorektal, tetapi tidak kanser prostat. Ini bermakna lebih tinggi CRF mereka, lebih rendah kemungkinan mereka mendapat kanser paru-paru atau kanser kolorektal.

Di samping itu, “CRF yang tinggi semasa pertengahan umur dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada kematian disebabkan penyakit bagi mereka yang didiagnosis mempunyai kanser pada usia emas.” Kajian menyimpulkan bahawa mereka yang CRFnya tinggi semasa pertengahan umur, lebih rendah risiko untuk mati akibat kanser pada umur tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *