Petua Jimat Masa Untuk Perbaiki Kesihatan dan Kesejahteraan
1. JANGAN TUNGGU HINGGA MASALAH MELANDA Bertangguh tidak baik untuk minda, jiwa dan badan walaupun mereka yang suka bertangguh fikir mereka membantu diri dengan menangguhkan sesuatu. Masalahnya apabila anda belum melaksananya, anda memikirkannya dan risau ia belum lagi dilaksana, atau anda buat separuh jalan dan akhirnya lebih banyak yang perlu dibuat.
Contoh klasik: Tidak mendapat pemeriksaan kesihatan biasa. Anda menangguhkan berjumpa doktor walaupun anda berada dalam kesakitan atau tahu sudah tiba masa untuk memeriksa tekanan darah, kolesterol, homosistien dan lain-lain lagi. Lebih lama ditangguhkan, lebih banyak anda bimbang tentangnya – dan lebih besar kemungkinan jika ada sesuatu yang tidak kena, ia akan mengambil banyak masa dan usaha untuk membetulkannya. Mesejnya mudah: Jimatkan masa kemudian dengan melakukannya sekarang.
2. RUMAH ANDA ADALAH GYM ANDA Ia bukan bermakna anda harus memenuhi rumah anda dengan rak berat badan, mesin elipti dan peralatan gimnasium lain. Apa yang dimaksudkan adalah untuk kekal cergas dan sihat memerlukan komitmen masa, dan bagi kebanyakan orang adalah mustahil untuk bergegas ke gym pada jam 5:00 pagi atau 9:00 malam, terutamanya untuk jangka masa panjang. Ditambah pula dengan kesibukan bekerja, keluarga dan segala-galanya, dan anda boleh faham mengapa begitu ramai orang berhenti bersenam selepas permulaan yang menggalakkan. Penyelesaian menjimatkan masa adalah untuk melabur dalam beberapa peralatan mudah, contohnya, palang chin-up, bola senaman, dan beberapa pita getah dan tiub, jadi apabila anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke gym, gimnasium boleh datang kepada anda!
3. SEDIKIT PENGELOLAAN Kurang pengelolaan mungkin menjadi senario membuang masa yang paling banyak. Fikirkan berapa banyak hidup anda dihabiskan untuk mencari benda yang diletakkan bukan di tempat yang betul. Ambil masa untuk mengatur hidup anda – daripada bil ke garaj, ke kabinet dapur dan kepada agenda harian anda – ia akan menjimatkan lebih banyak masa daripada yang anda boleh bayangkan, dan anda akan berasa hebat melakukannya.
4. MASAK SEKARANG, MAKAN KEMUDIAN Kita hidup dalam masyarakat yang menghargai penyediaan yang kurang baik, terutamanya bila berkenaan makanan. Tak percaya, tengok berapa banyak restoran makanan segera yang tumbuh dan subur, terdapat banyak makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro di pasaraya, dan malah makanan “sudah dimasak” sedia untuk anda makan bila-bila masa. Jika anda cuba mengelakkannya, biasanya anda terpaksa tergesa-gesa menyediakan makanan selepas balik kerja atau ketika hendak menghantar anak ke sekolah. Jimatkan masa (dan kewarasan) dengan membuat persediaan bahan di hujung minggu: masak daging kurang lemak atau ikan, stim sayur-sayuran, masak nasi beras perang atau pasta gandum penuh, dan anda akan mempunyai makanan yang cukup untuk berhari-hari.
Leave a Reply