Bagaimana Lemak Menjejaskan Kanser Prostat
Oleh: Dr. James P. Meschino, DC, MS. Terjemahan: Wan Ibrahim (Info Kesihatan)
K.M. Di Sebastiano dan M. Mourtzakis menerbitkan kertas kajian semula yang meneliti peranan lemak dalam perkembangan dan peningkatan kanser prostat pada akhir tahun lalu, yang berjaya meringkaskan data yang diperolehi mengenai lemak dan kanser prostat dengan cemerlang.
Kertas kajian mereka memberi cahaya kepada kepentingan menasihati kaum lelaki tentang bahaya memakan terlalu banyak lemak yang tidak baik terhadap pencegahan kanser prostat dan terapi penunjang bagi pesakit kanser prostat. Mari kita mengetengahkan penemuan utama daripada kajian literatur mereka.
Di Sebastiano dan Mourtzakis menyatakan bahawa lemak tidak baik yang terlalu banyak mempengaruhi secara negatif laluan transduksi isyarat dalam sel-sel prostat yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan seperti insulin (IGF) – Laluan isyarat Akt. Apabila laluan ini terlebih rangsangan atau disregulasi, ia diketahui menggalakkan perkembangan dan peningkatan kanser prostat. Walau bagaimanapun, lemak tepu, lemak trans dan obesiti sendiri juga telah dibuktikan menggalakkan kanser prostat melalui mekanisme lain, seperti yang dinyatakan di bawah.
Secara umum, jurnal saintifik menunjukkan bahawa kategori tertentu lemak – lemak tepu dan lemak haiwan – dilihat menimbulkan risiko yang paling besar ke atas perkembangan kanser prostat, manakala EPA (asid eicosapentaenic daripada ikan dan minyak ikan) boleh memberi kesan perlindungan.
Selain itu, obesiti sendiri dikaitkan dengan peningkatan kejadian kanser prostat berisiko tinggi atau agresif, serta peningkatan insiden kanser prostat berulang. Paradoks besar rawatan kanser prostat adalah terapi kekurangan androgen (atau ablation) kemungkinan akan menggalakkan lebih banyak pemendapan lemak badan, yang seterusnya boleh menggalakkan kanser prostat berulang. Penulis membuat kesimpulan, “Terdapat banyak faktor pemakanan yang berkaitan dengan obesiti dan risiko kanser prostat, termasuk baki tenaga positif, daging merah dan pengambilan tenusu, lemak tepu, pengambilan asid lemak-trans dan jumlah keseluruhan pengambilan lemak. Sebaliknya, asid lemak n-3 telah dikenal pasti mempunyai kesan perlindungan bagi kanser prostat.
Pengambilan Lemak dan Peluang Terus Hidup
Masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa lemak yang tidak baik menggalakkan kanser berulang pada pesakit kanser prostat, tetapi kajian awal menunjukkan pengambilan lemak, khususnya lemak tepu, boleh mengurangkan peluang untuk terus hidup akibat penyakit tertentu. Dalam satu kajian, Fradet dan rakan-rakan mengkaji sekumpulan lelaki didiagnosis dengan kanser prostat selama purata 5.2 tahun. Selepas mengawal untuk gred kanser, peringkat klinikal, umur rawatan dan jumlah pengambilan tenaga, lelaki dalam tertil terendah bagi pengambilan lemak tepu mempunyai penurunan risiko kematian akibat kanser prostat berbanding mereka yang tertil tertinggi bagi pengambilan lemak tepu.
Penemuan seperti ini boleh mendorong pengamal kesihatan untuk menggalakkan pesakit kanser prostat untuk mengurangkan jumlah pengambilan lemak haiwan (kecuali ikan) dan lemak tepu, sementara kita menunggu hasil kajian intervensi yang direka dengan baik yang diperlukan untuk mengesahkan jika memanipulasi lemak boleh memberi kesan positif ke atas kadar survival.
Kajian-kajian lain telah menggabungkan diet rendah lemak dengan suplemen flaxseed, menunjukkan kesan yang baik pada kesihatan prostat. Sebagai contoh, Demark-Wahnefried, et al., menunjukkan penurunan kadar pembiakan pada lelaki yang diberi suplemen flaxseed, dan kumpulan yang mengambil diet rendah lemak telah mengalami pengurangan ketara bagi tahap serum kolesterol selepas 30 hari mengambil suplemen. Heymach, et al., menunjukkan bahawa berbanding dengan kumpulan kawalan, diet rendah lemak, diet ditambah flaxseed dan diet rendah lemak dengan suplemen flaxseed selama 30 hari setiap daripadanya menurunkan beberapa faktor angiogenik, walaupun hasil yang paling baik adalah kumpulan yang memakan diet rendah lemak sahaja.
Apa yang Kita Tahu
Data yang baru muncul cenderung untuk menyokong dapatan bahawa lemak makanan dan, khususnya, pengambilan tinggi lemak haiwan dan lemak tepu, boleh dikaitkan dengan risiko kanser prostat. Laluan isyarat IGF-Akt kelihatan sebagai isyarat laluan utama menyederhanakan pertumbuhan sel malignan dan perubahan dalam isyarat reseptor androgen. Secara keseluruhan, lemak tepu dan asid lemak trans dilihat menggalakkan perkembangan kanser prostat, manakala lemak omega-3 boleh memberi kesan perlindungan. Untuk pesakit kanser prostat, diet rendah lemak dan amat rendah lemak tepu boleh memberi manfaat, kerana ia boleh mengurangkan angiogenesis tumor dan kanser berulang. Penambahan suplemen flaxseed juga boleh memberi manfaat dalam kes ini.
Pada pandangan saya, bukti yang menghubungkan diet tinggi lemak-haiwan / lemak tepu dengan peningkatan risiko kanser prostat adalah mencukupi untuk memberi nasihat kepada kaum lelaki untuk membuat perubahan diet sewajarnya yang akan menghapuskan atau mengurangkan sebanyaknya pengambilan lemak ini. Mengurangkan lemak ini juga membantu untuk menterbalikkan obesiti, satu lagi faktor risiko didokumentasikan untuk perkembangan kanser prostat peringkat akhir.
Rujukan:
1. Di Sebastiano KM, Mourtzakis M. The role of dietary fat throughout the prostate cancer trajectory. Nutrients, 2014 Dec;6(12):6095-6109.
James Meschino, DC, MS, pengamal di Toronto, Ontario, Kanada and adalah pengarang empat buah buku pemakanan termasuk The Meschino Optimal Living Program dan Break the Weight Loss Barrier.
Leave a Reply