Tiga Cara Untuk Cegah Kanser
Umum mengetahui susah untuk menentukan punca sebenar kanser. Namun apa yang diketahui adalah sistem imun atau sistem pertahanan tubuh yang sihat boleh melindungi kita daripada mendapat kanser. Sistem imun memerlukan nutrien yang cukup untuk kekal sihat dan melindungi diri kita daripada pelbagai jenis penyakit. Gaya hidup sihat juga boleh membantu mengekalkan kesihatan sistem imun.
Berikut adalah tiga cara untuk mencegah kanser:
Jauhi Kerusi Panjang
Menurut kajian, sindrom berbaring atas kerusi panjang membawa kepada dua tabiat yang tidak sihat: makan snek berlebihan dan kurang bergerak. Ia adalah kombinasi yang berbahaya, kedua-dua tabiat tersebut dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Penyelesaian mudah: Bangun dari sofa dan lakukan sedikit senaman – dua atau tiga pergerakan boleh menjauhkan kanser.
Berpada-pada Dengannya
Karsinogen akan terbentuk apabila makanan, terutamanya karbohidrat (kentang, dan lain-lain) dan daging dimasak pada suhu yang tinggi. Karsinogen diketahui meningkatkan risiko kanser. Pada asasnya, apa yang berlaku ialah suhu tinggi ketika menggoreng mengubah struktur kimia makanan. Makanan yang dipanggang sehingga “hitam” hanya akan menambah minyak kepada api kanser.
Jauhi Cahaya
Jika ianya mengenai pengambilan vitamin D yang mencukupi, matahari boleh menjadi rakan kita. Namun apabila mengenai kanser kulit, ia adalah musuh yang merbahaya. Kanser kulit adalah unik kerana dalam kebanyakan kes, kita mengetahui punca dan kaedah pencegahan. Puncanya ialah pendedahan kepada cahaya matahari dan langkah pencegahan adalah menghadkan pendedahan tersebut. Justeru jauhi diri pancaran cahaya matahari yang merbahaya bagi mengelakkan diri daripada kanser kulit.
Kepentingan Minuman Berfungsi…
Makanan berfungsi atau minuman berfungsi ditakrifkan sebagai komponen makanan atau minuman yang menggalakkan kesihatan yang baik dan mengandungi khasiat yang baik untuk memberikan manfaat kesihatan yang lebih dari sekadar nutrisi asas untuk hidup sihat. Komponen ini memenuhi lebih daripada keperluan nutrisi harian yang diperlukan oleh individu. Ia diketahui dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
Diet ini menawarkan ramuan penggalak kesihatan dan komponen semula jadi yang diketahui memiliki potensi kebaikan positif terhadap tubuh dan mempunyai kesan kebaikan terhadap kesihatan fizikal dan mental individu yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Makanan berfungsi atau minuman berfungsi mewakili penemuan penting dalam pemahaman perhubungan di antara diet, kesihatan dan mengurangkan risiko terhadap penyakit. Kini terdapat sejumlah besar bukti saintifik yang menunjukkan pengambilan makanan berfungsi yang berkala sebagai sebahagian daripada kepelbagaian diet dapat membantu menguruskan dan mengurangkan risiko pelbagai penyebab penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung dan kardiovaskular, kesihatan gastrousus, simptom menopaus, osteoporosis dan kesihatan mata.