Monthly Archives: June 2015

Kalium Dikaitkan Dengan Pengurangan Strok di Kalangan Wanita

Menurut satu kajian baru, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu dalam pencegahan strok di kalangan wanita. Dalam kajian tersebut, yang disiarkan di dalam jurnal Stroke penyelidik memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur 50-79 untuk tempoh purata 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2,600 mg sehari. Kajian menyatakan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.

Ambil Pendirian Menentang Duduk

duduk di mejaBuat pendirian untuk kurangkan duduk berpanjangan. Banyak bukti yang menunjukkan duduk berpanjangan, walaupun duduk untuk melakukan aktiviti yang “produktif”, seperti ramai daripada kita lakukan di tempat kerja, dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius – kematian – berbanding dengan gaya hidup yang lebih aktif. Masalahnya ialah kajian menunjukkan penyelesaian bukan semudah menggantikan masa duduk dengan masa bersenam. Anda boleh bersenam selama empat jam sehari, tetapi jika masa selebihnya anda habiskan dengan duduk, anda meningkatkan risiko anda mendapat kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang tidak menyenangkan dan mengancam nyawa.

Lemak Di Bahagian Dalam

Kurus mungkin termasuk dalam senarai, tetapi menggeleber pasti terkeluar. Sesetengah doktor kini percaya bahawa lemak di sekeliling organ seperti jantung, hati dan pankreas mungkin boleh menjadi sama bahaya (jika tidak lebih berbahaya) dengan lemak yang anda boleh lihat daripada luar.

Vitamin D Untuk Fibromyalgia

vitamin_d

Fibromyalgia mempunyai impak yang signifikan ke atas kualiti hidup seseorang dan malah boleh menyebabkan seseorang hilang pekerjaan. Ia adalah suatu keadaan yang menyakitkan yang juga boleh menyebabkan sakit yang berterusan, keletihan, kehilangan tidur, kemurungan dan mengurangkan tumpuan.