8 Mitos Umum Tentang Kanser

Oleh: Dennis Thompson. Disemak oleh: Dr. Lindsay Marcellin. Diterjemah oleh: Info Kesihatan

cancer-myths“Kanser” adalah satu perkataan yang hanya dibisikkan, dan sehingga ke hari ini, ramai orang menganggap diagnosis kanser sebagai salah satu daripada kebimbangan terbesar mereka. Mungkin itulah sebabnya begitu banyak mitos dan khabar angin mengenai kanser masih wujud. Tetapi kepercayaan palsu tersebut – ada didorong oleh maklumat yang buruk, yang lain berkembang disebabkan ketakutan – tidak memberi apa-apa faedah tetapi meningkatkan keresahan.

Apa pun sumber mereka, mitos tentang kanser ini boleh merosakkan kerana ia merebak. Ia boleh mengalih perhatian anda daripada melindungi diri anda daripada punca kanser yang diketahui, kepada perkara-perkara yang tidak mempunyai kesan ke atas kemungkinan anda mendapat kanser. Dan ia boleh merosakkan peluang pesakit kanser mengalahkan penyakit ini dengan mewujudkan rasa putus asa atau menarik mereka untuk mencari rawatan yang tidak terbukti.

Berikut adalah lapan mitos umum tentang kanser dan fakta tentang setiap satu daripadanya, menurut pihak berkuasa terkemuka, termasuk Institut Kanser Nasional Amerika, Perastuan Kanser Amerika dan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika.

1. Kemungkinan untuk anda mati disebabkan kanser meningkat setiap tahun: Lebih ramai orang yang didiagnosis dengan kanser hari ini, tetapi kemajuan perubatan telah meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan kualiti hidup keseluruhan untuk pesakit kanser. Kadar kelangsungan hidup lima tahun bagi semua jenis kanser digabungkan telah menunjukkan peningkatan yang stabil dalam tempoh tiga dekad yang lalu, dan lebih daripada 60 peratus orang didiagnosis dengan kanser masih hidup lima tahun selepas diagnosis. Ada penurunan yang tetap dalam bilangan orang yang mati akibat kanser setiap tahun, walaupun jumlah penduduk telah meningkat.

2. Anda lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser paru-paru dari pencemaran udara bandar berbanding daripada menghisap rokok: Bernafas udara tercemar di bandar adalah lebih rendah kemungkinan mendapat kanser paru-paru berbanding menghisap rokok atau yang kerap terdedah kepada asap rokok. Statistik menerangkan diri mereka sendiri: Hampir 9 dalam 10 jenis kanser paru-paru, atau kira-kira 87 peratus, disebabkan sama ada merokok atau terdedah kepada asap rokok.

3. Menggunakan anti bau peluh tertentu, syampu, deodoran, atau kelengkapan dandanan diri boleh meningkatkan risiko kanser payudara: Khabar angin ini berpendapat bahawa bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk ini diserap melalui kulit atau memasuki badan melalui calar atau luka. Kajian telah mendapati tiada bukti untuk menyokong pendapat ini, termasuk sekurang-kurangnya satu kajian epidemiologi yang secara langsung membandingkan wanita dengan dan tanpa kanser payudara dan mendapati tiada kaitan antara kesihatan dan kelengkapan dandanan diri mereka.

4. Telefon bimbit menyebabkan kanser otak: Sehingga kini belum ada bukti yang boleh dipercayai bahawa pendedahan kepada medan elektromagnet yang dipancarkan dari telefon bimbit atau alat elektronik peribadi yang lain boleh menyebabkan kanser. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa pengguna telefon bimbit tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk beberapa jenis kanser yang berbeza, walaupun mereka telah menggunakan telefon untuk satu dekad atau lebih. Lebih banyak penyelidikan sedang dijalankan, tetapi buat masa ini risiko seolah-olah minimum.

5. Air berfluorida meningkatkan risiko kanser: Khabar angin mengenai fluorida dalam air minuman menyebabkan kanser telah tersebar selama beberapa dekad, tetapi tiada bukti yang pernah dijumpai untuk menyokong mitos ini. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika baru-baru ini telah menghasilkan satu kajian terhadap penyelidikan sedia ada dan mendapati tiada bukti yang boleh dipercayai tentang risiko kanser meningkat pada orang yang minum air berfluorida.

6. Ada ubat untuk kanser di luar sana, tetapi disembunyikan oleh pihak berkuasa perubatan. Penyelidik dan orang yang merawat kanser mendapat penyakit kanser pada kadar yang sama dengan rakyat yang lain, justeru tidak mungkin terdapat penawar kanser dalam simpanan mereka. Juga, idea bahawa terdapat UBAT ajaib tunggal adalah sebuah mitos, kerana berpuluh-puluh jenis kanser masing-masing bertindak balas secara berbeza terhadap rawatan.

7. Kanser sentiasa penyakit yang menyakitkan, jadi jika anda berasa sihat, anda tidak mempunyai kanser: Pelbagai jenis kanser menyebabkan sedikit atau tidak ada rasa sakit, terutamanya pada peringkat awal. Itulah mengapa ia adalah penting untuk memberi perhatian kepada tanda-tanda dan gejala-gejala lain bagi pengesanan awal kanser dan mengapa pemeriksaan tetap disyorkan untuk kanser pangkal rahim, payudara dan usus besar.

8. Jika ibu atau bapa anda menghidap kanser, kemungkinan anda akan mendapat kanser satu hari nanti: Walaupun kemungkinan mendapat kanser berbeza-beza bergantung kepada jenis kanser, sejarah kanser keluarga tidak bermakna bahawa anda secara automatik akan mendapat penyakit ini. Sesetengah jenis kanser seperti payudara, ovari dan kanser kolorektal dipindahkan kepada generasi akan datang dalam bentuk yang diwarisi hanya 5 hingga 10 peratus sahaja.

Melengkapkan diri anda dengan pengetahuan – fakta berbanding mitos – adalah cara terbaik untuk melawan setiap jenis kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *