Lima Cara Semula Jadi untuk Mencegah Kencing Manis

Oleh: Barbara H. Seeber. Terjemahan: Info Kesihatan

Beberapa tahun lepas, adik saya mendapat tahu beliau mengidap penyakit pra kencing manis (prediabetes) selepas menjalani ujian darah. Bagi beliau, suntikan insulin setiap hari dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan kencing manis bukanlah sesuatu yang asing bagi beliau. Dulu beliau selalu memberi suntikan insulin dan juga membawa ibu berjumpa doktor untuk temujanji bertahun-tahun lamanya – dan beliau tidak mahu menyusuri jalan yang sama.

Jadi beliau mula mengambil langkah-langkah untuk menghindari kencing manis jenis 2. Beliau mengurangkan 10 peratus berat badan beliau, mula berjalan setiap hari dan bersenam dan juga memberi perhatian kepada pemakanan dan jumlah kalori yang diambil. Untuk memastikan tahap gula dalam darah beliau berada di dalam dalam julat yang normal, beliau juga memantau tahap gula darah dan mengambil metformin yang mensasarkan ketahan insulin badan bukannya meningkatkan pengeluaran insulin. Setakat ini, beliau berjaya mengelak daripada mendapat kencing manis dan akibatnya.

Adik saya adalah salah seorang daripada 79 juta rakyat Amerika berusia lebih 20 tahun yang didiagnosis mengidap pra kencing manis. Statistik yang lebih serius, bagaimanapun, adalah seperti berikut: Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), 90 peratus tidak tahu mereka berisiko dan 70 peratus akan mula untuk mengembangkan kencing manis. Yang lebih ketara adalah kencing manis jenis 2, yang menyumbang 95 peratus daripada kes kencing manis, adalah sangat boleh dicegah.

Insulin adalah masalah asas dan utama dalam kencing manis. Merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas, insulin membawa glukosa (gula) daripada aliran darah ke dalam sel hati, otot, dan lemak. Tanpa insulin, paras glukosa darah naik, yang membawa kepada kerosakan tisu dan sel kebuluran.

Dalam kencing manis jenis 1 pankreas tidak menghasilkan insulin yang cukup. Dalam kencing manis jenis 2 pankreas membuat lebih insulin, tetapi hati, otot, dan sel lemak menjadi tahan insulin – iaitu, mereka gagal untuk bertindak balas terhadap insulin. Akibat gula darah tinggi yang kronik adalah mempercepatkan penuaan banyak tisu, penyakit arteri, penyakit jantung dan serangan jantung, strok, penyakit mata, kerosakan saraf, dan penyembuhan luka yang lambat.

Sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis menjadikan ia penting untuk mengelakkan risiko ini. Berikut adalah beberapa tips dan resipi dari buku “500 Time-tested Home Remedies” untuk membantu mencegah kemusnahan disebabkan kencing manis:

1. Cuba meditasi minda sedar untuk mengurangkan tekanan. Hormon kortisol, adrenalina, dan glucagon naik semasa tekanan, lantas meningkatkan glukosa darah dan menimbulkan tentangan insulin.

2. Menikmati bir sekali-sekala atau segelas wain. (Satu gelas sehari bagi wanita, dua untuk lelaki.) Pengambilan alkohol sederhana dikaitkan dengan risiko diabetes jenis 2 yang lebih rendah.

[Nota Penterjemah: Bir dan wain haram diminum. Apa yang nak diketengahkan tentang wain adalah kebaikan yang terdapat dalam anggur merah/barli/buah-buahan. Kita tidak perlu minum bir atau wain untuk mendapat kebaikan tersebut. Banyak suplemen yang mengandungi kebaikan anggur merah/barli/buah-buahan, antaranya Riovida, di mana kandungan kebaikan anggur merah lebih banyak daripada yanpat dalam wain.]

3. Dapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur yang berkualiti dan gangguan tidur meningkatkan risiko obesiti dan kencing manis.

4. Bersenam setiap hari. Aktiviti fizikal meningkatkan kesensitifan tisu terhadap insulin dan pengurusan berat badan.

5. Makan makanan yang sebenar dan bukannya makanan diproses. Makanan sebenar (buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, bijirin, dan kekacang) akan membantu anda mengelakkan karbohidrat ditapis, gula tambahan, dan lemak trans – semuanya menggalakkan pertambahan berat badan yang tidak sihat dan meningkatkan risiko kencing manis.

Cuba Ledakan Sayur Panggang Ini

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat, yang melambatkan penyerapan gula pemakanan, dan banyak nutrien yang baik untuk mengurangkan risiko kencing manis. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mengelakkan kencing manis.

Bahan-bahan:

1-2 Sudu besar minyak zaitun
1 Ulas bawang besar, dibelah empat
2 Batang karot, dipotong dadu
1 Biji cili kembung kuning atau merah, dibuang biji dan dihiris memanjang
1 Genggam asparagus, buang bahagian yang keras
2 Biji ubi bit, dikupas dan dibelah empat
4 Ulas bawang putih, dikupas
¼ Cawan rosemary segar dihancurkan
Garam laut (pilihan).

Penyediaan:

Panaskan ketuhar kepada 400 darjah. Semburkan atau berus dulang pembakar dengan minyak zaitun. Renjiskan minyak zaitun ke atas sayur-sayuran dalam mangkuk dan gaul supaya rata. Ratakan sayur-sayuran dan bawang putih di atas lembaran pembakar. Taburkan rosemary dan garam laut secukup rasa (kalau guna). Panggang selama 15 minit dan kemudian balikkan sayur-sayuran dan panggang selama 10 minit lagi. Masak sehingga keperangan tetapi jangan terlampau masak.

Kekal sihat,

The Remedy Chicks

Mengenai Penulis

Barbara H. Seeber

BarbaraBarbara H. Seeber adalah penulis untuk National Geographic, beliau juga adalah pemenang anugerah penyunting dan penulis rencana. Beliau membantu melancarkan beberapa tajuk buku kesihatan terbitan National Geographic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *