Susu Badan Dapat Jimat Kos dan Selamat Nyawa

ibu menyusu badanSatu laporan yang dikeluarkan di United Kingdom (UK) menunjukkan jika ibu menyusukan anak mereka, Perhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah juga dapat mengurangkan penyakit pada ibu dan juga bayi mereka.

(Kerajaan UK memberi bantuan susu formula kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak)

Di dalam kajian yang ditugaskan oleh UNICEF baru-baru ini didapati bahawa walaupun hanya terdapat sedikit peningkatan dalam kadar penyusuan badan, ianya dapat menyelamatkan sekurang-kurangkannya £40 juta (RM193 juta) daripada bajet kesihatan.

Kini NHS mencadangkan agar para ibu menyusukan anak-anak mereka selama enam bulan, kemudian teruskan menyusu disamping memperkenalkan makanan lain.

Susu badan didapati melindungi bayi daripada infeksi dada dan telinga, dan juga ekzema serta obesiti di kemudian hari. Untuk ibu, ia boleh mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Kajian mendapati bahawa jika para ibu yang sekarang tidak menyusukan akan berbuat demikian untuk tempoh selama 18 bulan, akan terdapat penurunan 865 kes kanser payudara di UK.

Jika 45% daripada bayi diberi susu badan selama empat bulan dan jika 75% daripada bayi di Unit Neonatal disusu badan sebelum keluar daripada hospital, akan terdapat kekurangan seramai 3,285 bayi yang akan masuk hospital disebabkan gastroentritis, kurang 5,916 disebabkan penyakit pernafasan (respiratori), dan kekurangan 21,945 disebabkan jangkitan telinga.

“Kajian ini menyinari perhatian umum mengenai kesan perlindungan mendalam yang menyusu mempunyai kedua-dua ibu dan anak,” tambah Mary Renfrew dari Universiti Dundee, yang mengetuai pasukan penyelidikan.

“Ianya jelas bahawa menyediakan sumber untuk membantu para ibu menyusukan anak dengan jayanya akan menyebabkan kos yang efektif bagi NHS, disamping mengelakkan tekanan dan kesusahan yang dialami ibu yang melalui pengalaman buruk menyusukan anak.”

Sumber: AFP-Relaxnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *