Pilih Sarapan Pagi Tinggi Protein

Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan pengambilan sarapan pagi yang mengandungi sekurang-kurangnya 35 gram protein menghalang remaja yang mempunyai berat badan berlebihan daripada menambah lebih banyak berat badan berbanding dengan sarapan pagi yang mengandungi protein tahap biasa.

Lanjutan daripada kajian yang menunjukkan 60% daripada remaja tidak mengambil sarapan pagi sehingga sebanyak empat kali seminggu, pasukan penyelidik yang berpangkalan di Amerika memulakan kajian untuk menentukan sama ada sarapan pagi mempunyai impak dalam penjagaan berat badan.

Penting untuk diambil perhatian bahawa sarapan pagi yang mereka sediakan mengandungi protein berkualiti tinggi seperti susu, telur, daging tiada lemak dan yogurt Greek.

“Kajian ini menguji sama ada jenis sarapan pagi yang diambil boleh menambahbaik pengurusan berat di kalangan remaja yang suka tidak mengambil sarapan pagi,” kata Heather Leidy daripada Jabatan Pemakanan & Senaman Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Missouri.

Leidy dan pasukan beliau memastikan subjek kajian mereka, dua kumpulan remaja yang mengaku tidak bersarapan antara lima hingga tujuh kali seminggu, mengambil sarapan biasa atau yang kaya dengan protein untuk selama 12 minggu. sarapan pagi protein tinggiSarapan pagi yang mengandungi jumlah protein biasa adalah 13 gram dan terdiri daripada susu dan bijirin.

Pemerhatian dilaksana ke atas kumpulan ketiga yang tidak mengambil sarapan pagi di sepanjang waktu tersebut dan paras glukos kesemua peserta dipantau berterusan menggunakan alat yang poleh dipakai.

Remaja tersebut diminta untuk menaksir kelaparan mereka dan melaporkan pengambilan makanan dan minuman harian mereka. Berat badan dan komposisi dicatat di awal dan di akhir kajian.

“Pengambilan makanan harian kumpulan remaja yang mengambil sarapan berprotein tinggi berkurangan sebanyak 400 kalori dan mereka kehilangan jisim lemak badan, manakala kumpulan yang mengambil sarapan biasa atau yang tidak makan menambah berat badan mereka,” kata Leidy.

Menurut hasil kajian tersebut, sarapan pagi berprotien tinggi bukan hanya memuaskan, ia juga membantu menstabilkan tahap glukos.

“Jurang turun naik tahap glukos yang tinggi terkenal sebagai pendahulu kepada kencing manis jenis 2,” kata Leidy.

Menurut Leidy lagi, secara umum seseorang membina tabiat makan semasa usia remaja mereka. Jika remaja berjaya membina tabiat makan yang baik, seperti memakan sarapan pagi, ia berkemungkinan besar akan kekal hingga ke akhir hayat mereka. – AFP Relaxnews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *