Gaya Hidup Sihat Menjauhkan Doktor

Kita beri sedikit kelainan kepada pepatah, “Sebiji epal sehari akan jauhkan doktor,” kajian menunjukkan gaya hidup sihat boleh menjadi kunci kepada usia yang panjang. Satu kajian di Amerika baru-baru ini membanding kesihatan dan usia panjang puak Amish dengan puak Caucasian kebanyakan yang tinggal di kawasan yang sama.

Puak Amish mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan dari segi sejarah tidak percaya dalam penggunaan elektrik, mesin atau teknologi. Puak Amish juga cenderung untuk menghadkan penjagaan kesihatan kepada apa yang diperlukan untuk menangani kecederaan dan penyakit yang serius. Perbandingan ini pada asasnya menunjukkan perbezaan di antara gaya hidup yang bergantung kepada rawatan perubatan dengan satu yang memberi tumpuan kepada gaya hidup sihat asas.

Apakah yang ditemui oleh penyelidik kajian? Lelaki dan wanita Amish mempunyai umur panjang yang setanding dengan rakan-rakan Caucasian mereka, tetapi puak Amish mempunyai kadar dimasukkan ke hospital yang jauh lebih rendah. Penyelidik merumuskan, “Dapatan kajian kami menunjukkan bahawa campur tangan yang disasarkan kepada faktor gaya hidup mungkin mempunyai kesan yang lebih tinggi dalam meningkatkan jangka hayat pada tahap penduduk daripada memperbaik teknologi perubatan dan akses kepada rawatan perubatan.”

Dengan kata lain, gaya hidup sihat adalah kunci kepada usia panjang yang sihat. Berita yang paling baik sekali ialah kuasa untuk menerima pakai tingkah laku gaya hidup sihat, seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti pengurangan tekanan, senaman yang konsisten, dan lain-lain, adalah di tangan anda. Sekarang apa yang anda tunggu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *