Makanan Yang Membantu Tajamkan Refleks
Nutrien yang terkandung di dalam bayan dan telur boleh membantu menajamkan tindak balas atau refleks dan dengan itu dapat mempertingkatkan keselamatan jalan raya.
Begitulah apa yang dikatakan oleh satu pasukan penyelidik daripada Universiti Leiden dan Universiti Amsterdam di Belanda, yang menjalankan kajian mengenai kesan pengambilan tirosina, nutrien yang terkandung di dalam makanan seperti bayam, telur, keju dan soya.
Untuk kajian mereka, saintis menguji masa tindak balas peserta di skrin komputer. Apabila anak hijau muncul, mereka diarah untuk menekan butang sepadan secepat yang boleh. Butang perlu berpadanan dengan arah anak panah – samada ke kanan atau ke kiri. Bila anak panah merah muncul, peserta diminta jangan berbuat apa-apa.
Sesi dibahagi kepada dua ujian: Dalam ujian pertama, peserta diberi minum jus oren yang diperkayakan dengan tirosina, dan dalam ujian kedua, mereka diberi minum oren yang mengandungi “placebo”. Hasil kajian menunjukkan peserta menunjukkan refleks yang lebih baik selepas minum jus oren yang diperkaya dengan tirosina.
Hipotesis penyelidik adalah peningkatan pengambilan makanan dan suplemen yang kaya dengan tirosina boleh memberi kesan ke atas keselamatan jalan raya, mempertingkatkan masa tindak balas pemandu apabila perlu membrek ketika terlihat kanak-kanak melintas atau sewaktu kecemasan.
Tahap tirosina yang rendah juga dikaitkan dengan tahap neurotransmitter dopamin yang rendah, yang boleh membawa kepada kemurungan dan sikap acuh tak acuh.
Dapatan kajian diterbitkan di dalam jurnal, Neuropsychologia. Kajian ini datang daripada universiti yang sama yang menerbitkan kajian mengenai kesan psikologi triptofan, juga terdapat dalam soya, telur dan bayam di samping ikan.
Teori yang dibawa oleh kajian tersebut adalah asid amino meningkatkan tahap kepercayaan di antara seseorang. – AFP
Leave a Reply