9 Cara Membuat Pilihan Makanan Yang Lebih Baik

makanan-diprosesKebanyakan daripada kita mengambil kira-kira 60 peratus kalori daripada gula, tepung dan minyak bertapis atau diproses. Donut adalah satu contoh baik “makanan” yang mewakili sumber kalori tersebut.

Kita juga mengambil sejumlah besar kalori daripada kentang goreng dan sos tomato, asalnya ia adalah tumbuh-tumbuhan, tetapi selepas penapisan ia mengandungi lebih banyak kalori gula, tepung dan minyak bertapis. Secara umum, sangat sedikit rakyat Malaysia yang mengambilnya dalam bentuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasilnya adalah perniagaan yang besar bagi pengeluar makanan diproses dan akhirnya, gergasi farmasiutikal. Tetapi bagaimana pula dengan kita? Disini diberikan cara bagaimana anda boleh melawan kembali.

Makanan Tidak Sihat Adalah Perniagaan Besar

Kos untuk menghasilkan makanan yang dibuat dengan gula, tepung dan minyak bertapis adalah sederhana apabila dibandingkan dengan harga komoditi ini. Dalam erti kata lain, masih ada margin keuntungan yang boleh diterima untuk “makanan” yang dibuat dengan sumber kalori ini. Dan syarikat yang menggunakan sumber kalori tersebut masih menunjukkan prestasi yang baik dari segi kewangan. Untuk mengesahkan ini, apa yang perlu dilakukan adalah melihat keuntungan sesaham syarikat yang menggunakan jumlah besar sumber kalori tersebut.

Jelas sekali, jika seseorang terlibat dalam jualan kalori diproses, terdapat manfaat kewangan. Kalori diproses adalah perniagaan yang baik. Jika anda melabur dalam syarikat berkenaan pada tahun 2009, anda mungkin boleh bersara sekarang kerana anda akan mempunyai dua kali ganda wang anda. Bayangkan – persaraan anda akan berdasarkan kepada gula, tepung dan minyak bertapis.

Harga Yang Tinggi Untuk Kita Semua

Bagaimana pula dengan orang yang makan kalori daripada gula, tepung dan minyak bertapis? Mereka ini boleh dilabel sebagai “penagih makanan diproses” kerana kalori ini adalah menagihkan. Walaupun sedikit anda makan kalori daripada makanan ini, anda masih boleh menjadi ketagih. Ini kerana hampir semua orang menyukai rasa “makanan diproses”, dan kebanyakan dari kita ingin makan dengan banyak, yang bermakna kita sama ada penagih atau bukan penagih makanan ini.

Apa yang akan berlaku kepada mereka yang mendapat 60 peratus daripada kalori mereka daripada makanan diproses? Apa akan jadi kepada mereka dari semasa ke semasa? Jawapannya adalah jelas: kebanyakan menambah berat badan dan akhirnya menghasilkan sindrom metabolik. Jelas sekali, pengguna makanan ini tidak mendapat apa-apa manfaat kecuali mereka pada masa yang sama mempunyai saham dalam syarikat yang mengeluarkan makanan tersebut.

Sindrom metabolik adalah satu keadaan yang menarik kerana ia adalah keadaan pro-radang metabolik boleh kekal bertahun-tahun lamanya sebelum penyakit nyata berkembang, yang kemudiannya memerlukan ubat-ubatan tertentu atau pembedahan. Berikut adalah contoh penyakit yang berkembang selepas sindrom metabolik diperolehi dengan memakan makanan diproses: jerawat, diabetes jenis 2, kanser, penyakit kardiovaskular, strok, darah tinggi, sindrom ovari polisistik, penyakit hati berlemak bukan alkoholik, batu karang, apnea tidur, myopia, botak kepala, kemurungan, testosteron yang rendah, dan mati pucuk.

Sebenarnya, seseorang mungkin mengambil ubat jerawat untuk beberapa tahun sebelum menamatkan pengajian dengan metformin untuk glukosa darah yang tinggi dan statin untuk kolesterol tinggi. Akhirnya, ketika berusia 50 tahun, dia mungkin mengambil ubat-ubatan untuk glukosa, kolesterol, tekanan darah tinggi, kemurungan dan mati pucuk. Dan pada masa itu, beliau masih mengambil 60 peratus kalori daripada makanan diproses.

Bagaimanakah orang ini mendapat manfaat melangkaui kenikmatan sementara yang dia dapat dari rasa makanan tersebut? Jelas sekali, tidak ada manfaat baginya – hanya penderitaan. Dan penderitaan akan berterusan jika dia mendapat penyakit vaskular atau kanser yang memerlukan pembedahan.

Gergasi Farmasiutikal Terus Mengaut Keuntungan

Selain pengeluar makanan diproses, syarikat farmaseutikal dan sistem hospital juga menerima manfaat. Harga saham mereka mempunyai corak menaik yang sama seperti syarikat-syarikat yang menghasilkan makanan diproses. Apabila anda mendapat peluang, lihat corak harga saham syarikat farmasiutikal. Seperti pengeluar kalori diproses, syarikat farmasiutikal menjadi satu pelaburan yang baik sejak beberapa dekad yang lalu.

Bagaimana Membuat Pilihan Makanan Yang Lebih Baik

Makanan ditapis dan ubat-ubatan terus menjadi industri yang semakin berkembang. Ia jelas mempunyai model perniagaan yang baik. Menariknya, orang suka menyalahkan syarikat makanan diproses dan syarikat farmasiutikal untuk masalah kesihatan mereka. Ia adalah tidak betul dan mencerminkan kejahilan. Jika saya makan makanan diproses dan mengambil ubat-ubatan disebabkannya, ia adalah kesilapan saya. Tiada siapa yang memaksa saya untuk makan kalori diproses atau mengambil ubat-ubatan tersebut. Ini adalah pilihan secara sukarela yang dibuat oleh kebanyakan daripada kita. Ringkasnya, kita perlu membuat pilihan yang lebih baik.

Cabaran, sudah tentu, adalah untuk mengelakkan kalori diproses untuk tempoh jangka panjang. Mungkin agak susah bagi kebanyakan orang, walaupun  mereka mempunyai kecenderungan kepada kesihatan. Justeru di bawah disenaraikan perkara yang anda boleh lakukan:

  1. Pupuk minda pemakanan yang betul – ini melibatkan pencarian sebab untuk benar-benar “berjaga” bagi mengelakkan makanan diproses yang menyebabkan penyakit.
  2. Memahami bahawa hampir semua orang akan sentiasa ingin merasa makanan diproses. Jangan rasa bersalah jika teringin atau kadang-kadang mengambilnya. Hanya pastikan ianya tidak keterlaluan.
  3. Makan lebih banyak sayur-sayuran ketika waktu makan supaya mudah rasa kenyang. Umumnya, rasa kenyang mesti dihormati walaupun selera masih teringin nak makan.
  4. Jangan simpan makanan diproses di rumah agar tidak ada godaan di rumah.
  5. Minum lebih banyak air.
  6. Tingkatkan senaman hingga ke tahap yang boleh mengurangkan selera makan.
  7. Dapatkan tidur yang cukup, kerana kurang daripada enam jam setiap malam secara kronik boleh menggalakkan pertambahan berat badan dengan pelbagai mekanisme metabolik.
  8. Lawan stres dengan senaman, bukan dengan makan makanan yang berlebihan atau tidak sihat.
  9. Terima hakikat bahawa langkah # 1 – 8 mewakili satu proses yang perlu diamalkan sepanjang hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *