Plastik Menjejaskan IQ Anda
Jika anda belum lagi menjauhkan diri daripada plastik, mungkin kepercayaan ini akan mendesak anda dan meyakinkan anda untuk mengelakkan plastik seboleh mungkin, terutamanya jika anda sedang mengandung.
Menurut kajian baru-baru ini, ibu mengandung yang terdedah kepada tahap tertinggi bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates – satu kumpulan sebatian yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk membuat produk lebih fleksibel – akan melahirkan anak yang IQnya rendah pada umur 7 berbanding kanak-kanak yang ibunya terdedah kepada phthalates tahap paling rendah semasa mengandung.
Kanak-kanak yang ibunya termasuk dalam golongan yang mendapat pendedahan tinggi diuji empat mata lebih rendah, secara purata, dalam ujian IQ. Menurut kajian, dua phthalates biasa, DnBP dan DiBP, adalah penyebabnya – kajian terkini dilaksana untuk melihat kaitan sebatian kimia tersebut dengan pelbagai kesan kesihatan termasuk gangguan tingkah laku. Phthalates ditemui bukan sahaja terdapat dalam produk penyimpanan dan pembungkusan plastik, tetapi juga pelbagai produk lain termasuk mainan plastik, pengilat kuku dan semburan rambut.
Artikel berkaitan: Bahaya Dalam Bekas Makanan Minuman Plastik
Leave a Reply