Kematian Disebabkan TV?

Adakah anda menghabiskan masa berjam-jam di hadapan TV menonton drama? Tidak kira apa program yang ditonton, sekiranya anda terlalu banyak menonton TV, drama sebenar akan terjadi di ruang rehat rumah anda.

Ini disebabkan terlalu banyak menonton TV akan meningkatkan risiko kematian akibat penyakit seperti serangan jantung, kanser, kencing manis, Parkinson’s, hati dan malah selsema atau radang paru-paru.

Para penyelidik mengkaji lebih daripada 200,000 orang dewasa berusia antara 50 – 71 tahun (semuanya bebas daripada penyakit kronik) untuk tempoh selama 15 tahun, menentukan punca kematian jika ia berlaku dalam tempoh tersebut dan menghubungkaitkannya dengan tempoh purata menonton TV sehari. Kadar kematian di kalangan mereka yang menonton 3-4 jam sehari adalah 15 peratus lebih tinggi daripada mereka yang menonton kurang daripada sejam sehari. Manakala yang menonton 7 jam atau lebih sehari risikonya adalah setinggi 47 peratus.

Ini tidak bermakna menonton TV menyebabkan penyakit atau kematian, tetapi jika anda mengambilkira beberapa kesan lain akibat menghabiskan masa yang panjang di atas sofa – terutamanya jika ditambah dengan kecenderungan mengambil snek atau makanan yang tidak sihat dan kurangnya pergerakan – anda akan faham mengapa kaitan wujud. Penyelidik menyatakan bahawa terdapat hubungan antara menonton TV dengan kematian tidak kira sama ada subjek kajian tersebut aktif atau tidak aktif, yang menunjukkan senaman sahaja tidak dapat mengimbangi masa televisyen yang berlebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *