Tidak Makan Membuat Lemak Perut Bertambah
Melangkau waktu makan boleh menyebabkan pertambahan berat badan perut, menurut satu kajian baru yang dijalankan ke atas tikus di Ohio State University. Tikus yang memakan satu hidangan besar dan berpuasa sepanjang hari mendapat keadaan pra-diabetes rintangan insulin dalam hati mereka. Ini bermakna hati berhenti bertindak balas terhadap insulin, meneruskan penghasilan glukosa, yang membawa kepada lebihan gula dalam darah.
Gula tambahan tersebut disimpan sebagai lemak putih penyimpan tenaga, yang tidak elok berbanding rakannya, lemak coklat pembakar tenaga. Pada mulanya, tikus yang sama diberi makan makanan yang terhad dan kehilangan berat badan manakala kumpulan kawalan dibiarkan bebas memakan apa saja makanan.
Tikus yang berdiet memperolehi kembali hampir kesemua berat yang ia hilang, hampir sama dengan kumpulan kawalan pada akhir tempoh kajian.
Walaupun ia tidak mendapat kembali keseluruhan berat badan hilang, tikus yang sama dengan lemak perut manusia lebih kepada yang berdiet. Lemak jenis ini, di samping nampak hodoh, dikaitkan dengan jenis rintangan insulin yang dinyatakan di atas dan juga peningkatan risiko untuk diabetes jenis 2 serta penyakit jantung.
Tetapi ini bukan alasan untuk makan sepanjang hari. Martha Belury, profesor pemakanan manusia daripada Ohio State University, berkata penemuan beliau tidak, dalam apa jua cara, menyokong tanggapan bahawa memakan beberapa hidangan kecil sepanjang hari yang boleh membantu seseorang mengurangkan berat badan.
“Tetapi anda pasti tidak mahu melangkau makan untuk mengurangkan kalori kerana ia akan membuat tahap naik turun insulin dan glukosa yang lebih besar, dan boleh menyebabkan anda mendapat lebih banyak lemak daripada kehilangan lemak,” kata beliau.
Walau pun kajian tersebut menggunakan tikus, Belury berkata tingkah laku kumpulan tikus yang diet sama dengan pengamal diet manusia. Kumpulan tersebut membentuk tingkah laku makan dengan rakus akibat kekurangan kalori yang akhirnya menjadikan mereka begitu kenyang sehinggakan mereka boleh bertahan selama 20 jam tanpa makanan.
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam The Journal of Nutritional Biochemistry, kelakuan makan ikut nafsu dan berpuasa tersebut menjadikan metabolisme tikus kucar-kacir dan pasukan penyelidikan percaya ia disebabkan oleh pengeluaran insulin yang naik mendadak dan kemudiannya menjunam. Tikus tersebut mempamerkan peningkatan keradangan dan pengaktifan gen yang lebih tinggi, yang menggalakkan penyimpanan lemak.
“Di bawah keadaan apabila hati tidak dirangsang oleh insulin, peningkatan pengeluaran glukosa daripada hati bermakna hati tidak bertindak balas kepada isyarat memberitahunya supaya menutup pengeluaran glukosa,” kata Belury.
“Tikus tersebut belum mendapat diabetes jenis 2 lagi, tetapi ia tidak lagi bertindak balas terhadap insulin dan keadaan rintangan insulin tersebut dikenali sebagai pra-diabetes.”
Sumber: AFP-Relaxnews
Leave a Reply