Category Archives: Gaya Hidup Sihat
Penjagaan Lutut
Antara punca yang menyebabkan sakit lutut adalah penggunaan yang tidak betul semasa menaiki dan menuruni tangga. Cara yang salah, yang sering dilakukan ramai orang, akan menyebabkan lutut sakit. Video di bawah menunjukkan cara yang betul untuk naik dan turun tangga agar kesihatan lutut sentiasa terjaga.
Nah sekarang dah tahu cara yang betul untuk menghindari sakit lutut, bolehlah kita sama-sama amalkan.
Selamat Tahun Baru 2016
Sekali lagi kita diberi peluang untuk membuat azam tahun baru. Bagaiman dengan pencapaian azam tahun 2015? Sama dengan tahun 2014?
Jadikan tahun 2016 tahun anda.
Pastikan Jantung Terus Mengepam
Menurut kajian terkini di Amerika, wanita yang kerap bersenam selepas putus haid boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kajian tersebut menunjukkan berjalan laju, walaupun lebih kurang sepuluh minit sehari, dapat membantu. Masalah jantung yang melibatkan wanita berusia termasuk fibrilasi atrium (AF), jenis lazim denyutan jantung yang tidak teratur, kata Pertubuhan Profesional Internis Jerman, yang memberitahu tentang kajian tersebut.
Senaman Harian Turunkan Risiko Kanser Payudara
Wanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai lebih rendah kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.
Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.
Senaman Untuk Kesihatan Jantung
Oleh Penulis Mayo Clinic (Terjemahan Info Kesihatan)
Pertubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan:
Peningkatan peredaran darah – Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman.
Kuasa Probiotik
Sejak mendapat tahu probiotik boleh membunuh bakteria patogenik seperti atau lebih baik daripada antibiotik, Dr. Amir menjadi sungguh berminat dengannya. Malah probiotik juga boleh membunuh superbug tertentu (seperti E.coli 0157), yang menentang antibiotik yang terbaik. Justeru Dr. Amir mula menggunakan probiotik sebagai terapi semula jadi biasa.
Menurut Dr. Amir, terdapat kira-kira 100 trilion bakteria baik dalam usus kita, berbanding 70 trilion sel yang membentuk tubuh kita. Bayi yang sihat mempunyai lebih dari 90% bakteria baik. Namun apabila mereka membesar, dengan pengambilan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik, nisbah bakteria buruk semakin bertambah.