Kuasa Probiotik

Sejak mendapat tahu probiotik boleh membunuh bakteria patogenik seperti atau lebih baik daripada antibiotik, Dr. Amir menjadi sungguh berminat dengannya. Malah probiotik juga boleh membunuh superbug tertentu (seperti E.coli 0157), yang menentang antibiotik yang terbaik. Justeru Dr. Amir mula menggunakan probiotik sebagai terapi semula jadi biasa.

Menurut Dr. Amir, terdapat kira-kira 100 trilion bakteria baik dalam usus kita, berbanding 70 trilion sel yang membentuk tubuh kita. Bayi yang sihat mempunyai lebih dari 90% bakteria baik. Namun apabila mereka membesar, dengan pengambilan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik, nisbah bakteria buruk semakin bertambah. Untuk badan yang sihat kita memerlukan 85% bakteria baik berbanding 15% bakteria buruk. Pengambilan antibiotik akan mengakibatkan jumlah bakteria baik berkurangan. Bakteria baik melindungi kita dari jangkitan sedangkan bakteria buruk menyebabkan berbagai masalah kesihatan.

Bagi kebanyakan orang yang mempunyai gaya hidup dan diet yang buruk, usus mereka kekurangan probiotik dan serat yang kronik. Mereka biasanya akan mengalami kembung perut, kejang, sembelit atau cirit birit. Dengan mengambil diet yang baik; yang termasuk yogurt, makanan difermentasi, yang mengandungi kultur hidup, pengekalan kolon yang sihat mungkin boleh dicapai. Menurut Dr. Amir lagi, jika ianya dicapai, najis kita akan berbentuk elok, berwarna emas dan terapung.

Negara Jepun adalah peneraju dalam penyelidikan mengenai makanan difermentasi. Sebahagiannya disebabkan orang Jepun selalunya menjadikan pelbagai jenis makanan difermentasi sebagai sebahagian dari pemakanan (diet) mereka, yang menerangkan kenapa Jepun adalah antara negara yang mempunyai jangka hayat yang tertinggi di dunia.

[Dr. Amir adalah seorang pakar perubatan yang mengamalkan perubatan holistik, estetik dan anti penuaan.]

Rujukan:

Dr. Amir Farid Isahak. (2008, Oktober 19). Probiotic power. Star Online. Diekstrak daripada http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Viewpoints/Art-of-Healing/Profile/Articles/2008/10/19/Probiotic-power.aspx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>