Keluarkan Peluh – Nyawa Anda Mungkin Bergantung Kepadanya

Kita semua tahu bahawa bersenam lebih baik daripada duduk tanpa buat apa-apa. Apa yang lebih penting, jenis senaman atau senaman itu sendiri? Kajian terbaru menyatakan jenis senaman lebih penting, ia menyarankan senaman lasak dapat mengurangkan risiko kematian awal. Mereka yang memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada waktu senaman mingguan untuk senaman lasak akan mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 9 peratus berbanding dengan mereka yang bersenam tetapi tidak lasak. Mereka yang memperuntukkan lebih daripada 30% untuk senaman lasak akan mengurangkan risiko sebanyak 13 peratus. Contoh perbandingan lasak dengan tidak lasak; berlari berbanding berjalan, perlawanan perseorangan berbanding beregu, dsbg.

bersenamNamun begitu satu kajian lain menyatakan apa-apa senaman adalah lebih baik daripada tidak bersenam langsung. Ia menyatakan mereka yang bersenam setiap minggu, walaupun tidak lasak, lebih rendah kemungkinan untuk mati lebih awal berbanding mereka yang tidak pernah bersenam. Lebih banyak senaman mingguan, lebih rendah risiko kematian awal.

Adakah anda kerap bersenam? Jika tidak, ini masanya untuk mulakan. Berbincang dengan doktor anda tentang manfaat bersenam secara konsisten. Anda akan kelihatan lebih sihat, berasa sihat – dan hidup lebih lama. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *