Solusi Untuk Masalah Hidup Anda

Terdesak untuk mendapat solusi (penyelesaian) kepada “masalah hidup” anda yang tak kunjung padam? Kehidupan nampak seperti perjuangan yang tidak putus, walaupun pada hari-hari yang terbaik, yang boleh memberi impak besar kepada kesihatan emosi dan fizikal anda dari masa ke masa.

Apa yang perlu dibuat? Sebagai permulaan, ikut tiga peraturan mudah berikut dan kami percaya hari anda akan bertambah baik dari hari ke sehari:

Peraturan #1: Sertai Permainan: Berat badan berlebihan, bosan atau berasa hidup berlalu pergi begitu sahaja? Jika demikian sertai permainan, jangan hanya menonton sahaja, atau tidak menyedari yang permainan sedang berlangsung. Lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan yang tidak disenangi. Jadi perubahan yang anda inginkan. Anda boleh belajar kemahiran baru, memulakan sesuatu hobi, menyertai sukan rekreasi atau melakukan aktiviti fizikal (tidak hanya berbaring di kerusi panjang). Kuasai kehidupan anda; jangan biarkan kehidupan mengawal anda.

Peraturan #2: Lupakan Apa yang telah Berlaku: Marah kepada pemandu lain yang potong barisan anda, tuan rumah yang menaikkan sewa atau anak yang nampaknya tidak boleh duduk diam? Lupakan apa yang berlaku dan anda dengan segera akan merasa manfaat pengurangan tekanan perasaan. Tekanan perasaan boleh membahayakan kesihatan, walaupun apa yang berlaku mengguris perasaan atau membuat anda geram, tidak berbaloi untuk membairkannya memenuhi minda anda.

Pergi berjalan-jalan, berjumpa dan bersembang dengan rakan-rakan. Atau anda boleh cuba tips ini; Mereka salah, anda betul justeru anda ingin menegakkan yang anda betul. Apa hasil yang anda dapat? Pemandu tersebut tidak dengar pun apa yang anda jerikkan, biarkanlah, maafkanlah—untuk kebaikan anda sendiri.

Peraturan #3: Masuk Baik = Keluar Baik: Anda mungkin pernah dengar masuk sampah, keluar sampah. Sama juga dengan diri kita; sama ada makanan, senaman, tidur atau apa-apa, usahakan untuk mendapatkan banyak perkara baik berbanding yang buruk, dan anda akan mendapat hasil yang baik. Tidak bersenam? Tidak makan secara sihat? Tidak mendapat tidur yang merehatkan? Anda akan membayar harga yang sangat mahal untuknya.

OK, setakat itu dulu: Tiga peraturan untuk memperbaiki kehidupan anda. Lawat laman MotivasiIslam.Net untuk lebih banyak artikel motivasi berunsur Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *