Kehidupan Selepas Januari

Bila bercerita tentang bersenam, Januari adalah bulan nombor satu. Kenapa? Mudah: Azam tahun baru masih segar dalam ingatan. “Turunkan berat badan”, “Makan makanan sihat”, “Lebih bersenam”, dll, adalah teratas dalam senarai azam tahun baru kebanyakan orang. Tetapi bila Februari tiba, tak tahu apa sebabnya semangat selalunya pudar dan bersenam diturunkan ke senarai azam tahun depan.

Bila bercerita tentang bersenam, Januari adalah bulan nombor satu. Kenapa? Mudah: Azam tahun baru masih segar dalam ingatan. “Turunkan berat badan”, “Makan makanan sihat”, “Lebih bersenam”, dll, adalah teratas dalam senarai azam tahun baru kebanyakan orang. Tetapi bila Februari tiba, tak tahu apa sebabnya semangat selalunya pudar dan bersenam diturunkan ke senarai azam tahun depan.

Bagaimana hendak mengharungi Januari dan mengekalkan semangat untuk bersenam hingga ke hujung tahun? Berikut empat tips untuk membantu anda berada di landasan.

1. Masa adalah segala-galanya: Ada orang yang bangun pukul 5.00 pagi dan terus ke gim; yang lain memilih lewat malam. Keletihan, urusan keluarga dan kerja. Keutamaanlah yang memainkan peranan di sini. Cari masa yang sesuai untuk anda dan anda akan meningkatkan kemungkinan untuk kekal di landasan.

2. Fleksibiliti adalah kritikal: Ya, ini berkenaan dengan tubuh anda, terutamanya dari segi mengurangkan risiko mendapat kecederaan, yang akan membuat anda terpaksa berehat berbulan-bulan lamanya. Ia juga relevan dengan tips #1 di atas. Tetapkan untuk bersenam pada jam 9.00 setiap malam, tetapi jika keadaan tidak mengizinkan, adakah selepas Subuh pilihan yang lebih baik? Jangan takut untuk mengubah rancangan bagi memastikan anda kekal dengan senaman anda. Anda akan merasa lebih selesa apabila setia dengan jadual senaman anda, tak kira walaupun waktu diubah, berbanding dengan meninggalkannya disebabkan pertindihan masa.

3. Buat pilihan sendiri:bersenam Lebih kerap anda lakukan sesuatu, lebih banyak anda membiasakan diri. Badan dan minda anda bertindak cara serupa dalam kes bersenam. Kekal dengan rutin yang sama dengan senaman sama, ulangan yang sama, dan lain-lain, lama-lama dan anda akan sampai ke puncak dan tidak lagi mendapat hasil yang anda mahu. Lebih teruk lagi anda akan bosan atau keletihan (fizikal & minda), yang membuat anda susah dan semakin susah untuk bersenam lagi. Solusinya: Pelbagaikan atau tukar senaman anda setiap 3 ke 4 minggu sekali, atau jika anda mahu, setiap sesi. Pastikan ianya sentiasa baru dan anda akan merasa teruja untuk bersenam setiap kalinya.

4. Pastikan ia peribadi: Ini tips yang paling penting: Senaman anda adalah mengenai anda, bukan orang lain, justeru jangan sekali-kali bandingkan diri anda dengan rakan yang cergas dan bertubuh langsing, orang lain yang turut bersenam atau model idola anda. Tetapkan sasaran yang anda mampu capai dan raikan setiap kali anda mencapainya, kemudian usaha untuk ke sasaran seterusnya. Cuba untuk menjadi orang lain dan anda berkemungkinan besar akan berhenti mencuba, usaha untuk menjadi lebih baik dari semalam dan nikmati setiap minit pengembaraan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *