Tiga Cara Untuk Elakkan Kanser Payudara
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mempastikan risiko anda mendapat kanser payudara adalah rendah. Menurut Institut Kanser Negara Amerika, Wanita di zaman ini mempunyai risiko kira-kira 1 dalam 8 untuk didiagnosis dengan kanser payudara semasa hayatnya.
Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) 2007, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia dan juga merupakan kanser yang paling kerap di kalangan wanita. Jumlah pesakit kanser payudara di Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.8 peratus setiap tahun dan kebanyakan mereka adalah berumur kurang daripada 50 tahun.
Bila melibatkan kesihatan anda, anda boleh mengambil pendekatan proaktif hanya dengan mengubah beberapa tabiat gaya hidup. Berikut adalah tiga tips mudah:
Dapatkan tidur yang cukup: Tidur adalah kritikal bila melibatkan pengawalan daripada mendapat kanser payudara. Kajian telah mendapati bahawa di kalangan pesakit kanser payudara selepas menopaus, terdapat peningkatan risiko kanser payudara berulang apabila mereka tidur kurang daripada enam jam. Dengan mendapatkan lapan jam tidur setiap malam, anda boleh mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dengan memberi badan anda apa yang diperlukannya untuk pulih semula.
Awasi berat badan: Berat badan tambahan boleh mendatangkan lebih banyak mudarat kepada badan anda daripada memberi kesan kepada jantung anda, ia juga boleh membuat anda berisiko mendapat kanser payudara. Menurut Persatuan Kanser Amerika, wanita gemuk juga mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser payudara berulang dan kematian akibat kanser payudara. Dengan menjaga berat badan, anda juga mengawal risiko kanser payudara daripada meningkat.
Senaman: Salah satu cara untuk memastikan berat badan anda tidak berlebihan dan memperolehi faedah positif kesihatan lain secara keseluruhan adalah dengan bersenam. Menurut penyelidik daripada Universiti North Carolina, Amerika, senaman bukan sahaja dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang baik, tetapi ia juga akan mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser payudara sebanyak 30 peratus. Oleh itu, bergerak ke arah diri yang lebih sihat!!!
Leave a Reply