Tabiat Baik Untuk Tahun Baru
Yahoooo!!! Sekali lagi dah tiba masa untuk buat azam tahun baru. Syukur pada Allah kerana dipanjangkan umur. Dah sampai masa untuk kita meneliti pencapaian tahun 2015 – khususnya azam yang dibuat di awal tahun, dan seterusnya membuat azam tahun 2016 (jika belum).
Bagaimana pencapaian anda? Adakah azam tahun 2015 diambil serius, Alhamdulillah jika kebanyakannya telah dilaksanakan. Atau adakah akan diulangi “azam tinggal azam” pada tahun 2016 ini? Berikut adalah pelan tindakan untuk tahun 2016 yang lebih berjaya; azam tentang kesihatan yang mampu diurus, dicapai dan akan membuat anda gembira!!!
- Peraturan 30 Minit: Tidak kira hari, tidak kira sibuk, luangkan sekurang-kurangnya 30 minit (sekali gus atau 10 minit x 3) untuk laksana aktiviti fizikal. Sama ada berjalan-jalan selepas makan, berbasikal ke tempat kerja, bermain baling-baling dengan anak-anak, cari jalan untuk menyuntik pergerakan ke dalam kehidupan harian anda.
- Biar Sofa Kekal Kemas: Kurangkan masa televisyen anda sebanyak mungkin. Secara umum ada hubungan langsung antara masa yang dihabiskan di sofa dengan dua tabiat yang tidak sihat: kurang bergerak dan banyak makan makanan ringan.
- Tinggalkan Pencuci Mulut: Tukar tabiat memakan pencuci mulut setiap malam. Hadkan kepada hanya beberapa malam seminggu atau kembangkan definisi pencuci mulut dengan memasukkan buah-buahan, yogurt atau makanan ringan tanpa gula.
Lebihkan Air: Kami tidak hanya maksudkan minum lebih banyak air, yang sememangnya mempunyai banyak manfaat kesihatan dan penjagaan berat badan. Kami juga maksudkan lebihkan berenang (lebihkan senaman), mandi santai atau spa (melegakan tekanan) dan apabila cuaca membenarkan, habiskan lebih banyak masa di luar dengan keluarga atau rakan-rakan.
- Berehat, Ia Bukan Hanya untuk Kanak-kanak: Stres boleh membunuh, secara sebenar maupun kiasan. Dari perspektif azam, ia boleh menahan usaha anda walaupun anda memberi yang terbaik, meletakkan anda dalam keadaan jengkel, merasa gelisah dan akan membuat anda lebih suka duduk di sofa dan makan segelen ais krim daripada setia dengan azam Apabila anda merasa tertekan, berehatlah; tarik nafas dalam-dalam, berjalan-jalan dan sedikit masa yang diluangkan untuk menenangkan fikiran akan banyak membantu.
Jadikan 2016 tahun terbaik anda dengan memberi komitmen untuk mengamalkan tips di atas dan lain-lain tips hidup sihat. Anda rasa anda tidak boleh lakukannya seorang diri? Oleh itu buat azam anda bersama dengan pasangan anda atau rakan dan galakkan antara satu sama lain untuk mencapainya. Anda berdua akan bersyukur kerana melakukannya.
Leave a Reply