5 Penggantian Bijak Apabila Makan Di Luar
Tidak salah untuk kita sekali sekala menjamu selera di restoran makanan segera atau pun di restoran biasa. Namun begitu ramai di antara kita yang semakin kerap makan di luar (kadang-kadang setiap hari), dan biasanya membayar kos dengan kesan buruk ke atas kesihatan diri. Di zaman ini agak sukar untuk kita mencari makanan yang sihat apabila kita membeli bekalan samada di kedai runcit, pasar atau pasaraya. Namun jika anda memberi kepercayaan tersebut kepada penjual burger atau pengendali restoran makanan segera, anda sebenarnya mencari masalah. Berikut adalah lima tip untuk menyuntik sedikit kesihatan ketika anda makan di luar:
1. Abaikan Kentang Goreng
Kentang goreng (cip) merupakan hidangan tambahan yang paling biasa dihidang di restoran makanan segera. Ia mengandungi hanya sedikit nilai pemakanan atau pun tiada langsung. Ia juga mengandungi banyak lemak (minyak), namun sememangnya ia sangat popular. Itulah sebabnya kenapa kentang (dalam bentuk kentang goreng dan cip) merupakan salah satu “sayur-sayuran” yang paling kerap dimakan. Abaikannya bila makan di restoran makanan segera (kebanyakan mereka hanya menawarkan kentang goreng, gegelang bawang atau pilihan lain, walaupun ada yang menawarkan jagung, kacang atau nasi, yang pasti lebih sihat daripada kentang goreng atau cip). Di restoran biasa, ia lebih mudah untuk menukarkan kentang goreng atau cip dengan nasi, kentang bakar atau sayur-sayuran.
2. Kawal Minuman Anda
Sebenarnya minuman ringan (berkarbonat) bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh badan (dan gigi) anda, namun ia merupakan minuman ruji di restoran makanan segera dan juga restoran biasa. Sebagai perbandingan, air menawarkan tiga manfaat yang berbeza: ianya percuma, bebas kalori dan tidak mengandungi gula. Walaupun terdapat minuman ringan yang bebas kalori dan gula, kajian menunjukkan ianya tetap merbahaya kerana pemanis tiruan mungkin akan mendorong anda mengidam makanan manis dan makan berlebihan. Dan adakah anda benar-benar memerlukan sebanyak 325ml minuman tersebut bersama hidangan anda?
3. Tolak Hidangan Besar
Berapakah agaknya saiz hidangan anda di rumah? Kecuali jika anda mempunyai pinggan bersaiz terlalu besar, secara umum hidangan di rumah bersaiz adalah sederhana. Tidak begitu untuk restoran makanan segera dan restoran biasa. Makanan kombo saiz super dan pinggan bersaiz 17 inci dengan makanan yang menimbun merupakan resipi untuk penambahan berat badan. Minta saiz hidangan yang munasabah (atau makan separuh dan bawa balik separuh) dan anda tidak perlu membuka butang seluar atau jean anda di pertengahan jalan.
4. Cari Sayur
Boleh jadi mudah atau rumit untuk mendapat sayur. Ianya bergantung kepada jenis restoran, namun tidak kira apa yang diperolehi, ianya tetap menjadi satu usaha yang berbaloi. Sama ada ia hamburger dengan salad dan tomato atau sepinggan pasta dengan brokoli, pilihlah yang mempunyai beberapa warna semula jadi, ihsan sayur-sayuran terbaik alamiah (semula jadi). Burger dengan keju dan roti sahaja atau sepinggan pasta dengan keju dan sos krim tidak membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan badan. Pizza adalah lebih mudah; tambah sayur-sayuran bersama-sama dengan topping kegemaran anda.
5. Tahu Apa Yang Anda Pesan
Sekarang terdapat restoran yang mula memberi maklumat tentang nilai permakanan hidangan yang disediakan oleh restoran mereka, sama ada memberi fakta tentang kalori atau nutrien. Maklumat tersebut dapat membantu anda dalam membuat pilihan makanan yang ingin dipesan. Jika tidak, Googlekan maklumat tentang bahan-bahan atau resipi yang digunakan untuk memasak sesuatu makanan. Berapa kandungan lemak, kalori, garam, gula, dll untuk sesuatu resipi makanan? Anda mungkin terkejut dengan kandungan lemak, kalori, garam, gula dll yang terdapat di dalam makanan kegemaran anda. Mungkin ia tidak lagi menjadi kegemaran anda setelah anda mengetahui kandungannya, dan anda mungkin akan bertukar kepada yang lebih rendah kandungan lemak, kalori, garam, gula dll.
Leave a Reply