Sayangi Jantung Anda: 5 Faktor Yang Mengurangkan Risiko Serangan Jantung

Sakit dada, sesak nafas dan pening-pening lalat adalah tiga gejala umum infarksi miokardial (serangan penyakit jantung). Terlalu banyak keluarga, rakan-rakan dan orang yang disayangi telah kehilangan seseorang yang disayangi secara tiba-tiba disebabkan MI atau juga dikenali sebagai serangan jantung.

Walaupun penyakit jantung tidak selalu boleh dicegah, berita baik adalah penyelidik telah mengenal pasti lima faktor gaya hidup sihat yang boleh memberi kesan mendalam kepada risiko seseorang mendapat serangan jantung. Mengamalkan walaupun salah satu daripada faktor sihat tersebut akan mengurangkan risiko anda. Jika diamalkan dua, tiga, empat atau lima faktor, ianya akan mengurangkan risiko dengan lebih banyak:

Satu Faktor: Diet sihat – 26 peratus lebih rendah.

Dua Faktor: Diet sihat, tidak minum minuman keras – 35 peratus lebih rendah.

Tiga Faktor: Diet sihat, tidak minum minuman keras, tidak merokok – 64 peratus lebih rendah.

Empat Faktor: Diet sihat, tidak minum minuman keras, tidak merokok, aktif secara fizikal – 76 peratus lebih rendah.

Lima Faktor: Kesemua empat faktor di atas dan ukur lilit pinggang kurang daripada 95 cm atau 37 inci.

Jika faktor gaya hidup anda mempunyai kelima-lima faktor di atas, teruskan dengan usaha hebat anda!!! Jika anda tidak amalkan atau ada hanya beberapa faktor sahaja, sedari sumbangannya dalam menghalang sakit jantung yang boleh menamatkan riwayat anda dalam sekelip mata. Bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut tentang serangan jantung dan penilaian risiko semasa anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *