6 Tips Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

penyakit jantung

Untuk membantu berjuta-juta rakyat Amerika yang mempunyai tekanan darah tinggi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, Persatuan Perubatan Amerika (AMA) mengeluarkan enam tips bertujuan untuk memperbaiki tahap kesihatan jantung mereka.

Menurut Presiden AMA, tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan strok di Amerika, namun begitu sebilangan besar orang dewasa Amerika hidup dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal – menjadikan mereka berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok. Dengan membantu pesakit memantau dan mengawal tekanan darah mereka, tahap kesihatan mereka akan bertambah baik dan kos rawatan dapat dikurangkan.

Tips AMA untuk menambah baik kesihatan jantung bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok adalah seperti berikut:

  1. Ketahui angka tekanan darah anda – Fahami bacaan tekanan darah anda dan ambil langkah yang diperlukan agar tekanan darah tinggi anda terkawal. Ianya akan mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.
  2. Adakan pelan rawatan untuk menguruskan tekanan darah tinggi – Bincang dengan doktor anda untuk membuat pelan rawatan yang merangkumi perubahan gaya hidup sihat, yang anda boleh pegang untuk jangka masa yang panjang bagi membantu anda mengekalkan tekanan darah yang lebih rendah dan mengurangkan risiko negatif akibatnya.
  3. Lebih aktif secara fizikal – Aktiviti fizikal yang kerap boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Orang dewasa disarankan untuk melakukan aktiviti keamatan sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu atau 75 minit seminggu untuk aktiviti keamatan kuat.
  4. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, terutama yang mengandungi natrium dan gula tambahan – Sedikit perubahan kepada diet dapat membantu anda mengurus atau mencegah tekanan darah tinggi. Ini termasuk mengurangkan pengambilan sodium, natrium, gula, daging dan minuman/makanan manis. Makan makanan yang kaya dengan potasium dan tambah makanan berasaskan tumbuhan, seperti minyak zaitun, kacang dan bijirin.
  5. Mengekalkan atau mencapai berat badan yang sihat – Usaha untuk turunkan berat badan, jika berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan sebanyak 9 kg atau lebih boleh menyebabkan anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami tekanan darah tinggi.
  6. Bagi yang meminum alkohol, minum secara sederhana – Satu minuman sehari untuk perempuan dan dua minuman sehari untuk lelaki.

Sumber: Persatuan Perubatan Amerika (AMA), 31 Jan 2020.

4 Responses to 6 Tips Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

  1. […] berjalan laju sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu, sebagaimana disarankan oleh Persatuan Perubatan Amerika . Dengan amalan ini saya harap saya dapat mengawal tekanan darah saya. Mahu tak mahu kena aktif […]

  2. Ahmad Fahmi says:

    Kehebatan Nutrisi Tumbuhan, buah- buahan dan sayur-sayuran adalah antara sumber terbaik fitokimia iaitu bahan kimia tumbuhan yang berbeza daripada nutrisi yang lain. Fitokimia yang hanya ditemui didalam makanan tumbuhan, membantu menggalakkan kesihatan optimal dengan mengurangakan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, penyakit kardiovaskular dan hipertensi. Fitokimia terlibat dalam pelbagai proses seperti membantu mencegah kerosakan sel, mencegah pengulangan pembentukan sel barah dan mengurangkan tahap kolestrol.

  3. Kzaman says:

    Info yang menarik, terima kasih atas perkongsian…memang tidak dapat dinafikan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol penyumbang utama kepada masalah jantung.

  4. abdul halim mustafa says:

    bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *