Nikmati Berry Sepanjang Tahun
Yang baik tentang dunia hari ini adalah kita boleh menikmati berbagai jenis buah berry seperti strawberries, blueberries, raspberries, blackberries, cranberries, gooseberries dan mulberries. Buah-buahan musim panas dan musim bunga ini boleh didapati dengan mudah di kedai buah-buahan dan juga pasaraya di sepanjang tahun. Kajian terbaru menunjukkan betapa pentingnya untuk menjadikan buah-buahan tersebut sebagai diet harian kita.
Kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan sederhana buah berry menurunkan paras tekanan darah peserta kajian. Di akhir tempoh kajian lapan-minggu tersebut, peserta dengan tekanan darah yang tinggi menunjukkan penurunan ketara dalam tekanan darah sistolik mereka.
Tekanan darah tinggi merupa penyebab kepada banyak masalah kesihatan termasuk penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang serta kegagalan fungsi hati. Statistik 2011 menunjukkan 33 peratus penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah tekanan darah tinggi manakala 45 peratus untuk yang berusia 40 tahun ke atas. Menjelang 2025, dijangka lebih daripada separuh penduduk Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas akan mengidap penyakit darah tinggi. Ramai orang yang tidak menyedari mereka mempunyai penyakit darah tinggi, dan ia boleh berterusan bertahun-tahun lamanya kerana gejalanya tidak kelihatan.
Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memasukkan berry di dalam diet anda:
- Tambah secawan blueberry atau strawberry dalam bijirin pagi atau yogurt anda.
- Tambah berry beku dalam smoothie.
- Gantikan pai atau ais krim dengan semangkuk berry campuran ditambah dengan madu sebagai pencuci mulut. Dengan menjadikan berry sebagai bahagian tetap dalam diet anda, anda boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda.
Leave a Reply