6 Kesilapan Perkahwinan yang Lelaki Lakukan

Walaupun niat anda tersangat baik, tabiat ini boleh menjejaskan hubungan anda.

Oleh: Matt McMillen – Penulis untuk WebMD; Terjemahan – Info Kesihatan

Lelaki, kami bukannya hendak berleter, tetapi anda mungkin membuat kesilapan yang mempunyai risiko untuk menghancurkan perkahwinan anda. Hakikatnya, jika anda lelaki kebanyakan, anda berkemungkinan besar membuat kesilapan tersebut dan selalu melakukannya.

Tidak percaya pada kami? Tanya pasangan anda. Sekarang, sebelum anda cuba mempertahankan diri, ini bukannya untuk menyalahkan. Ini adalah perkara yang kadang-kadang tidak ketara yang anda mungkin tidak sedar anda lakukan. Dan mengubah tabiat ini boleh membuat perbezaan yang besar kepada pasangan anda, yang sudah tentu baik untuk anda.

Tambahan pula, menyedari kesilapan tersebut dan berusaha untuk membetulkannya bukan sahaja akan membantu perkahwinan anda, ia juga boleh membantu kesihatan anda dan juga kesihatan pasangan anda.

Lama kelamaan, perasaan negatif yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi, kata Gloria Vanderhorst, PhD., pakar psikologi. “Tekanan terbentuk dalam hubungan bagi setiap pasangan, walaupun atas sebab yang berbeza,” kata beliau. “Biasanya, pada masa pasangan mendapat rawatan, tekanan ini telah mencetuskan kebimbangan atau kemurungan pada satu atau kedua-duanya.”

Berikut adalah beberapa kesilapan yang biasa lelaki buat, bagaimana anda boleh mengenalinya, dan – yang paling penting – apa yang anda boleh lakukan untuk memperbetulkannya.

1. Tidak menunjukkan empati

hubungan suami isteriAhli psikologi Albert Maslow, PhD, berkata empati — keupayaan untuk mengenali dan berkongsi perasaan orang lain — adalah bahagian yang paling penting dalam mana-mana hubungan. Dan ia adalah sesuatu yang, secara amnya, wanita adalah lebih baik daripada lelaki. “Wanita mahu perasaan mereka difahami dan disahkan,” kata Maslow, yang mempunyai klinik sendiri di Crozet, Virginia, Amerika. “Lelaki perlu menemukannya.”

Bukan sekadar hanya mendengar, tetapi, lelaki cenderung untuk pergi ke mod perbetulkannya. Itu adalah satu kesilapan.

“Jika isteri anda memberitahu anda dia merasa diabaikan, sebagai contoh, pada ketika itu apa yang dia mahu adalah untuk anda memahami perasaannya dan bukan bercakap mengenai fakta,” kata Maslow.

2. Belanja Melulu

Membuat pembelian besar seperti membeli kereta tanpa terlebih dahulu berunding dengan isteri anda adalah satu kesilapan besar, kata Vanderhorst. Malah, beliau menarafkannya di tahap kedua selepas curang dalam senarai tentang kesilapan dalam perkahwinan. Dan, kata beliau, “Lelaki cenderung untuk kerap kali melakukannya.”

3. Pentingkan diri sendiri ketika berjimak – atau idak mengerti

Dalam bilik tidur, sesetengah lelaki lupa – atau lebih teruk lagi, tidak tahu – bahawa isteri mereka sering perlu lebih daripada yang mereka perlukan untuk merasa terangsang, kata Maslow.

“Cumbuan, membuat dia berasa disayangi dan diperlukan – itulah asas untuk dia merasa terangsang,” kata Maslow. “Orang lama biasanya dapat tangkap, tetapi orang muda biasanya tidak sedar tentang perkara ini.”

Vanderhorst berkata merangsang seorang wanita bermula lama sebelum lampu dipadamkan. “Lelaki menganggap seks sebagai satu cara untuk menjadi rapat, untuk mempunyai hubungan,” kata beliau. “Tetapi wanita mahu hubungan sebelum melakukan hubungan seks.”

4. Mendengar dengan cara yang salah

Mendengar tidak bermakna mengangguk-angguk semasa isteri anda menjelaskan apa yang merunsingkan beliau dan anda, sedangkan sepanjang tempoh itu anda sibuk memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah. “Lelaki cenderung untuk menganalisis situasi dan menjana pilihan,” kata Vanderhorst. “Itu dijamin akan membuat isteri anda mengamuk.”

Apa yang dia paling sering mahu adalah untuk berbincang dan dia mahu anda terlibat secara aktif dalam perbualan, bukan cuba untuk menjadi wira dan menyelamatkan keadaan tetapi dengan menunjukkan minat terhadap apa yang dia katakan dan mengambil berat tentang apa yang mengharukannya, kata Vanderhorst.

“Ini bukan pasif,” kata beliau. “Mendengar untuk mewujudkan hubungan adalah proses yang aktif.

5. Menyembunyikan perasaan anda

Mendengar percakapan isteri anda mengenai perasaannya adalah penting. Begitu juga bercakap tentang perasaan anda sendiri. Ramai lelaki, bagaimanapun, fikir mereka perlu menyembunyikan perasaan atau kemungkinan mereka akan dilihat sebagai lemah. Itu satu kesilapan.

Tidak berkongsi perasaan anda boleh menjadi sesuatu yang menyedihkan bagi isteri anda. Maslow berkata, “Wanita merasa seperti dia kehilangan hubungan rapat yang dia mahu dengan suaminya. Apabila anda berahsia, dia merasa seperti anda meninggalkannya.”

Maslow mengakui bahawa mungkin sukar untuk membuat lelaki terbuka. Tetapi dia juga mengatakan ia menunjukkan kekuatan. “Ketika membesar, lelaki diajar beliau tidak boleh membiarkan orang lain tahu apabila dia takut. Tetapi terbuka adalah mengambil risiko, dan ia memerlukan keberanian.”

6. Melakukan kembara kuasa

Menjadi seorang lelaki bukan bermakna menjadi yang berkuasa. Tetapi ramai lelaki tidak memahaminya. “Mereka cuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dengan menjadi dominan. Namun ianya bukan tentang membuat tuntutan atau cuba untuk menguasai isteri. Wanita akan menjauhkan diri darinya,” kata Maslow.

Vanderhorst bersetuju. Beliau mengatakan bahawa “kedudukan kuasa” yang lelaki sering letakkan diri mereka pada dasarnya menidakkan hubungan, yang memerlukan dua belah pihak, menyokong, dan menyayangi. “Diri kita yang terbaik muncul dalam konteks hubungan kita dengan orang lain dan bukan sebagai entiti bebas,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *