Terapi Sel-T Beri Harapan Melawan Kanser

Washington: Terapi kanser revolusioner yang menggunakan sel imun badan sendiri untuk menyerang tumor metastatik yang telah merebak disambut baik sebagai “anjakan paradigma” dalam perawatan penyakit tersebut.

Pesakit dengan kanser darah peringkat teruk yang dijangka hidup tidak melebihi lima bulan telah menunjukkan remisi penuh selepas 18 bulan pemeriksaan susulan tanpa sebarang tanda penyakit akan kembali, dedah para saintis.

sel-TDalam satu kajian sel-T milik pesakit – satu jenis sel darah putih – yang telah ditereka bentuk dalam makmal untuk mengenali dan menyerang sel tumor, lebih 90% daripada 35 orang pesakit dengan leukemia limfoblastik akut mendapat remisi penuh.

Dalam dua ujian klinikal lain yang melibatkan 40 pesakit dengan limfoma bukan Hodgkin atau leukemia limfosit kronik, lebih 80% daripada pesakit memberi tindakbalas kepada rawatan.

Lebih kurang separuh daripada mereka berada dalam remisi penuh sehingga 18 bulan, kata saintis.

Pakar penyakit kanser menggesa agar berhati-hati terhadap ujian awal terapi sel-T, mengatakan ia tidak berkesan untuk semua orang dan ada pesakit mengalami kesan sampingan toksid dan meninggal.

Walau bagaimanapun mereka berkata perubahan pada sesetengah pesakit yang gagal dalam setiap rawatan yang lain belum pernah berlaku sebelum ini.

– The Independent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *