5 Makanan Gantian untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini – untuk mengkaji nanfaat diet Mediterranean ke atas kesihatan jantung – mereka yang berisiko lebih tinggi daripada biasa untuk mendapat penyakit kardiovaskular dapat mengurangkan risiko mereka hanya dengan memakan diet yang tinggi dengan bijirin, kekacang, biji-bijian, minyak zaitun, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ikan, dan kurang bahan tenusu, daging merah, daging yang diproses dan makanan manis.

Secara khusus, makan diet Mediterranean yang ditambah dengan lebih minyak zaitun atau lebih kacang campuran mengurangkan risiko peserta kajian mendapat serangan jantung atau strok, atau mati akibat penyakit kardiovaskular, hampir 30 peratus berbanding dengan kumpulan yang pengubahsuaian diet mereka hanyalah berdasarkan cadangan umum iaitu mengurangkan pengambilan makanan berlemak.

Berikut adalah lima cara mudah, yang diperolehi daripada Klinik Mayo (www.mayoclinic.com), untuk mengikuti prinsip diet Mediterranean dan meningkatkan kesihatan jantung anda bermula hari ini:

  1. Fikirkan makanan berasaskan tumbuhan: buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang (kacang) dan kacang atau biji-bijian.
  2. Daripada menambah garam kepada makanan kegemaran anda, gantikan dengan herba dan rempah untuk memberi “uuumph” kepada makanan anda tanpa tambahan natrium.
  3. Makan tidak lebih daripada satu atau dua hidangan daging merah sebulan, dan makan sekurang-kurangnya dua hidangan ayam kampung atau organik dan ikan segar seminggu.
  4. Gantikan mentega dengan minyak “baik” (zaitun, canola, dan lain-lain) yang tinggi lemak monotaktepu, ia membantu menghapuskan kolesterol dari badan.
  5. Hadkan pengambilan hasil tenusu dan pilih susu, keju atau yogurt yang bebas lemak atau rendah lemak. Dengan cara itu, anda boleh menikmati beberapa faedah kesihatan hasil tenusu (kalsium, protein, bakteria sihat) tanpa lemak atau kolesterol yang tinggi.

Prinsip utama diet Mediterranean sememangnya masuk akal berdasarkan apa yang kita telah tahu tentang pengambilan makanan dan kesihatan. Ianya juga baik untuk kesihatan jantung serta keseluruhan tubuh badan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *