Tiga Makanan Untuk Melawan Kanser

“Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.” Ungkapan ini biasa kita dengar, tetapi kita jarang mendengar ungkapan, “Rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit yang terbaik bermula daripada perut.”

Kanser, darah tinggi, penyakit jantung dan pelbagai penyakit lagi bermula daripada perut. Atau dengan kata lain pemakanan dan tabiat pemakanan yang buruk merupakan punca segala penyakit.

Secara saintifik, makan berlebihan akan menyebabkan pengeluaran berlebihan radikal bebas di dalam badan kita. Radikal bebas akan merosakkan sel-sel badan dan seterusnya merosakkan organ berkenaan. Sel badan yang rosak dan organ yang tidak berfungsi dengan baik membuat kita mendapat penyakit. Sebagai contoh, kanser bermula daripada sel yang rosak. Sel tersebut kemudian membiak sehingga menjadi kanser. Cara untuk menyahkan radikal bebas daripada tubuh kita adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan kerana badan kita tidak menghasil antioksidan.

Berikut adalah tiga makanan yang kaya dengan antioksidan dan bahan-bahan lain yang mampu membantu tubuh untuk kekal sihat:

Blueberryblueberry

Blueberry mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberikannya warna yang tersendiri. Kajian menunjukkan sebatian mujarab ini boleh membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas pada tahap sel, mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit lain.

Brokolibrokoli

Brokoli dan sayuran dari keluaraga Brassica (kubisan) yang lain seperti kubis bunga dan kubis mengandungi fitokimia yang membantu melawan kanser, menurut penyelidik. Salah satu komponennya, sulforaphane, didapati dapat membantu mencegah perkembangan tumor.

Bawang Putihbawang-putih

Menurut Institut Kanser Kebangsaan, Amerika, beberapa kajian menunjukkan pengambilan bawang putih boleh membantu mengurangkan risiko kanser, termasuk kanser perut, kolon, pankreas dan payudara, mungkin dengan mendorong kematian sel rosak atau menyekat pembentukan bahan-bahan penyebab kanser.

Jagalah pemakanan anda, makan makanan yang berkhasiat, halal dan dari sumber yang halal.

“Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah.” – HR Muslim dan Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *