Pastikan BP Anda Di Dalam Had Selamat

Tekanan darah tinggi adalah berbahaya – apabila tekanan darah (BP) adalah tinggi dan kekal tinggi (keadaan yang dikenali sebagai hipertensi), risiko anda mengalami keadaan berkaitan kardiovaskular, seperti serangan jantung dan strok, meningkatkan secara mendadak.

Mujurlah ada berita baik: Kajian menunjukkan beberapa langkah mudah boleh membantu mengekalkan tekanan darah anda di tahap selamat.

Indeks jisim badan (BMI) dan lilitan pinggang kedua-duanya diketahui meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, tetapi kajian terkini maju selangkah ke hadapan, bukan sahaja mengesahkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah yang meningkatkan risiko, tetapi juga mencadangkan tumpuan yang patut diberikan berdasar kepada jantina. Menurut kajian tersebut, BMI memainkan peranan yang penting dalam risiko hipertensi di kalangan lelaki, manakala lilitan pinggang terbukti menjadi faktor risiko yang lebih penting bagi wanita.

Mesej yang perlu difahami di sini adalah mudah: Abang-abang, perhatikan BMI anda. Kakak-kakak, perhatikan ukuran pinggang anda. Dan sudah tentu, perlu diingat bahawa beberapa pemboleh ubah lain turut menyumbang kepada tekanan darah tinggi, jadi lelaki atau perempuan tidak harus mengabaikan satu pemboleh ubah disebabkan yang lain. Selain daripada menjaga BMI dan saiz pinggang, anda boleh mengelakkan tekanan darah tinggi dengan:

  • Selalu bersenam – dapat mengurangkan risiko sebanyak 20 hingga 50% berbanding mereka yang tidak aktif.
  • Kurangkan pengambilan garam – pengurangan pengambilan garam akan menurunkan tekanan darah.
  • Teh halia – campurkan halia segar (asli, bukan yang diproses) ke dalam teh, boleh dicampur madu dan limau. Minum sebelum tidur.
  • Kurangkan stres – terdapat banyak cara untuk turunkan stres (Antaranya: 3 Langkah Kurangkan Stres).
  • Ambil nutrien yang boleh menghalang/menurunkan tekanan darah seperti kalium, kalsium, magnesium, minyak ikan, dan bawang putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>