Kenapa Susu Ibu Sangat Baik Untuk Anak Anda
Menyusu badan menjadi tajuk utama akhir-akhir ini, tetapi tidak semestinya untuk sebab yang betul; lagi pun isu penting bukan bila dan di mana ibu harus menyusu anak, tetapi kenapa si ibu perlu berikan susu ibu kepada anaknya.
Jawapannya, sudah semestinya, adalah terdapat banyak bukti yang menunjukkan menyusu badan sangat bermanfaat kepada anak dan juga ibunya. Berikut disenaraikan beberapa manfaat yang dipetik daripada laman web Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Manusia Amerika.
1. Nutrien yang tiada tandingannya
Walaupun susu formula kini semakin sama dengan susu ibu, tetapi masih terdapat jurang yang besar apabila mengenai nutrien. Susu pertama ibu (susu awal) yang dihasilkan semasa mengandung dan selepas kelahiran mengandungi kolostrum yang kaya dengan khasiat dan antibodi. Kolostrum kemudiannya berubah menjadi susu matang, susu yang nipis dan masih mengandungi campuran penting protein, lemak, gula dan air.
2. Perlindungan penyakit
Susu ibu didapati dapat melindungi anak yang disusukan daripada penyakit asma, jangkitan pernafasan, kencing manis jenis 2, obesiti dan juga sindrom kematian bayi secara tiba-tiba berbanding bayi yang diberi susu formula. Menyusukan bayi juga didapati mengurangkan risiko kesihatan ibu, termasuk diabetes jenis 2, kanser payudara, kanser ovari dan kemurungan selepas bersalin.
3. Ikatan emosi
Perbuatan menyusukan bayi memerlukan keakraban antara ibu dan anak yang tidak dapat ditandingi oleh susu formula. Hubungan fizikal adalah penting untuk bayi, menjadikan mereka berasa dilindungi, mesra dan selamat; ia boleh memberi kesan yang sama pada ibu, dalam masa yang sama juga membolehkan beliau untuk berehat, sesuatu yang dia biasanya tidak pilih untuk lakukan jika bayi diberi susu formula.
4. Keselamatan
Pernah anda fikirkan apa yang anda boleh lakukan jika bencana menimpa dan bekalan susu formula terputus? Jika anda memberi susu badan, anda akan merasa lega; apa tidaknya, bekalan makanan yang seimbang dan sihat tersedia untuk bayi anda. Bekalan air tercemar? Tiada masalah. Tiada air masak untuk mensteril botol susu? Tiada masalah. Tiada botol susu? Tiada masalah.
Tanya pada doktor tentang kebaikan memberi susu ibu kepada bayi anda, dan juga diri anda.
Leave a Reply