Masalah Tingkah Laku Berpunca Daripada Asap Rokok

asap_rokokMenurut satu kajian, kanak-kanak yang ibunya menghisap rokok semasa mengandung – malah juga yang dilahirkan dalam keluarga perokok – adalah hampir dua kali lebih berkemungkinan untuk membentuk masalah tingkah laku.

Kajian tersebut melibatkan 5,200 orang kanak-kanak sekolah rendah Perancis mengaitkan pendedahan kepada asap rokok dengan pelbagai masalah tingkah laku seperti agresif, ingkar, berbohong dan menipu.

“Pendedahan kepada asap rokok ketika mengandung dan selepas bersalin menggandakan risiko masalah tingkah laku di kalangan murid sekolah rendah berumur kira-kira 10 tahun,” kata Annesi-Maesano, ketua penyelidik daripada Inserm, sebuah badan penyelidikan kesihatan terkemuka kerajaan Perancis.

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal PLOS ONE yang diterbitkan di Amerika, kemungkinan puncanya adalah kesan toksid daripada nikotin ke atas otak yang sedang berkembang – terutamanya semasa bulan pertama kehidupan.

Para penyelidik menyatakan bahawa risiko paling tinggi ditunjukkan oleh hakikat bahawa 18% daripada kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok selepas dilahirkan menunjukkan masalah tingkah laku, berbanding dengan 9.7% mereka yang datang dari keluarga yang tidak merokok.

Hasil kajian adalah berdasarkan soal selidik yang diisi oleh ibubapa yang menilai tingkah laku anak-anak mereka dan sama ada mereka telah terdedah kepada asap rokok sebelum harijadi mereka yang pertama.

Penyelidik juga melaporkan risiko gangguan emosi yang lebih tinggi – seperti mudah merasa takut – di kalangan kanak-kanak yang terdedah kepada nikotin semasa di dalam kandungan atau di awal kelahiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *