Antibiotik Tidak Seselamat Yang Anda Fikirkan

Sejak sekian lama antibiotik berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa. Namun hari ini antibiotik menjadi tajuk berita kerana tidak lagi berkesan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika (CDC), sehingga dua juta rakyat Amerika jatuh sakit disebabkan bakteria tahan antibiotik setiap tahun dan sekurang-kurangnya 23,000 orang mati disebabkan jangkitan tersebut.

Mengapa ini begitu penting? Inilah pertama kali pihak berkuasa persekutuan telah mengenal pasti kesan daripada organisma yang kebanyakan antibiotik tidak berdaya untuk melawan.

Ini adalah sesuatu yang serius untuk difikirkan:

antibiotikPada tahun 2007, CDC menganggarkan kira-kira 100,000 orang mati setiap tahun akibat jangkitan yang mereka perolehi ketika berada di hospital. Kebanyakan daripada jangkitan tersebut dipercayai mempunyai ketahanan terhadap beberapa antibiotik, tetapi tidak semestinya yang digunakan secara meluas. Dan sehingga sekarang ianya tidak jelas berapa banyak kematian yang disebabkan oleh jangkitan yang mempunyai ketahanan terhadap ubat-ubatan. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa 50 peratus daripada penggunaan antibiotik ke atas pesakit adalah tidak wajar.

Justeru apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda?

Pastikan anda berbincang dengan doktor tentang risiko mengambil antibiotik, dan pastikan anda tahu tentang cara semula jadi untuk melawan jangkitan tertentu. Banyak keadaan seperti demam selsema boleh diubati tanpa mengambil antibiotik. Berwaspada dengan apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *