Menyusu Badan: Baik untuk Jantung

susu-badanManfaat penyusuan badan terus didedahkan, dengan kajian terkini mengaitkan penyusuan badan dengan kesihatan kardiovaskular ibu yang lebih baik di hari tua. Dalam kajian tersebut, yang diterbitkan di dalam Obstetrics & Gynecology, penyelidik mencatatkan faktor risiko kardiovaskular bagi 846 orang wanita, dan kemudian mengukur ketebalan arteri karotid mereka 20 tahun kemudian melalui ultrasound untuk menentukan risiko penyakit jantung berdasarkan kepada tahap aterosklerosis.

Wanita yang menyusukan didapati paling kurang mempunyai arteri karotid yang tebal, dan hampir satu dalam lima wanita yang menyusukan selama sebulan atau kurang mempunyai plak atherosklerotik – berbanding dengan hanya kira-kira satu dalam 10 wanita yang menyusukan untuk sekurang-kurangnya 10 bulan.

Penyakit jantung adalah punca utama kematian di kalangan wanita, dan aterosklerosis adalah faktor risiko utama. Jadi wanita mengandung, ambil perhatian: menyusu badan adalah terbaik – untuk anda dan bayi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *