6 Penyebab Kanser Yang Tidak Disangka

Kita tahu bahawa gaya hidup tertentu seperti merokok boleh menyebabkan kanser. Namun bukan itu sahaja gaya hidup harian yang boleh menyebabkan kanser, ada beberapa lagi gaya hidup yang kita tidak sangka boleh menyebabkan kanser.

Kanser disebabkan oleh perubahan DNA sel. Terdapat perubahan yang diwarisi daripada ibu bapa dalam bentuk kecacatan genetik. Manakala yang lain boleh disebabkan oleh faktor alam sekitar. Menurut Persatuan Kanser Amerika, bahan, keadaan dan pendedahan yang boleh membawa kepada kanser dipanggil karsinogen. Walaupun beberapa karsinogen tidak menjejaskan DNA secara langsung, ia boleh membawa kepada kanser dengan cara yang lain – sebagai contoh dengan menyebabkan sel membahagi dengan yang lebih cepat daripada kadar biasa.

Berikut enam gaya hidup harian yang ramai tidak sedar bahawa ia adalah karsinogen.

Berat Badan Berlebihan Di Usia Remaja

budak-gemuk

Kajian yang dijalankan baru-baru ini ke atas 1 juta lelaki berumur sehingga 40 tahun untuk menentukan kesan sesetengah faktor kesihatan dan gaya hidup di zaman remaja ke atas risiko mendapat kanser gastro-esophageal di kemudian hari. Dapatan menunjukkan gaya hidup remaja boleh menyebabkan impak yang besar kepada risiko mendapat kanser. Penyelidik mendapati bahawa remaja yang mempunyai berat badan berlebihan, dengan BMI 85 persentil atau lebih tinggi, risiko kanser esophageal adalah 2.1 kali lebih tinggi. Para penyelidik juga mendapati bahawa kajian sebelumnya telah menunjukkan insiden kanser yang lebih tinggi di kalangan orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan, dan ini menunjukkan korelasi menjangkau ke zaman remaja.

Para penyelidik juga mendapati bahawa remaja dari kelas sosioekonomi rendah dan mereka yang mempunyai sedikit pendidikan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser jenis ini.

Minuman Keras

Minuman-Keras

Minuman keras telah disenaraikan sebagai karsinogen oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika pada tahun 1997, dan banyak kajian mengenai pelbagai kanser telah menunjukkan kaitan antara minuman keras dengan kanser. Satu kajian baru yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika keluaran April 2013, mendapati kaitan yang lebih kuat antara kanser dengan kematian akibat minuman keras. Penyelidik daripada Kajian Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Boston mendapati bahawa minuman keras menyebabkan kira-kira 20,000 kematian akibat kanser pada tahun 2009, kira-kira 3.5 peratus daripada jumlah kematian akibat kanser di Amerika Syarikat pada tahun itu.

Para penyelidik juga mendapati bahawa setiap kematian akibat kanser yang berkaitan dengan minuman keras menyumbang secara purata sebanyak 18 tahun potensi hilang nyawa di kalangan mereka yang meninggal dunia. Data baru bertindak sebagai peringatan bahawa minuman keras adalah karsinogen, walaupun diminum dalam kuantiti yang sederhana. Menurut analisis data dalam kajian ini, penggunaan purata sebanyak 1.5 minuman sehari atau kurang menyumbang 30 peratus daripada semua kematian akibat kanser yang berkaitan dengan minuman keras. Kaitan terkuat antara minuman keras dengan kematian akibat kanser ialah kanser payudara, kanser esophageal, kanser kolorektal, dan kanser hati.

Daging dan Ikan Panggang

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMenurut Institut Kanser Negara Amerika, mmasak daging lembu, daging ayam, ikan dengan menggunakan kaedah suhu tinggi, seperti bakar atas kuali atau di atas nyalaan api, boleh membentuk bahan kimia yang dipanggil amina heterosiklik dan hidrokarbon aromatik polisiklik, yang telah dikaitkan dengan kanser pada haiwan. Pada tahun 1999, satu kajian berskala besar yang diterbitkan dalam jurnal Cancer mendapati bahawa daging dibakar atau dipanggang sehingga betul-betul masak (well-done) dikaitkan dengan peningkatan risiko adenoma kolorektal, pendahulu kepada kanser kolorektal.

Satu kajian yang lebih terkini, yang diterbitkan dalam jurnal Carcinogenesis, mendapati memasak daging pada suhu yang tinggi, terutamanya bakar dalam kuali leper, boleh meningkatkan risiko kanser prostat sebanyak 40 peratus.

Losyen Pelindung Cahaya Matahari

losyen-matahari2Sekarang semua orang dah tahu bahawa radiasi ultraviolet daripada matahari dan lampu UV tiruan boleh menyebabkan kanser kulit. Tetapi adakah anda tahu losyen yang anda sapu pada kulit anda untuk melindungi daripada sinaran matahari juga boleh meningkatkan risiko kanser anda dengan merosakkan sel?

Satu kajian baru yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi Missouri mendapati apabila terdedah kepada cahaya matahari, zink oksida, yang merupakan ramuan yang terdapat dalam kebanyakan losyen pelindung cahaya matahari, mengalami tindak balas kimia yang boleh melepaskan molekul tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas. Molekul ini cuba untuk bergabung dengan molekul lain dan dalam proses boleh merosakkan DNA sel, yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Para penyelidik berkata ujian ke atas kemungkinan risiko zink oksida-kanser masih di peringkat awal, jadi mereka cadangkan teruskan dengan memakai losyen pelindung cahaya matahari dan bukannya berada di luar rumah tanpa apa-apa jenis perlindungan daripada cahaya matahari.

Bekerja Syif Malam

syif-malamBekerja syif malam adalah bukan sahaja berbahaya kepada jadual tidur anda, ia juga boleh meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payudara. Pada tahun 2007, kerja syif yang melibatkan gangguan sirkadian telah disenaraikan sebagai karsinogen mungkin oleh Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser, Pertubuhan Kesihatan SeDunia (IARC).

Kajian epidemiologi mendapati bahawa wanita yang bekerja semalaman sebagai jururawat dan atendan penerbangan mempunyai risiko kanser payudara yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja pada waktu malam. Salah satu sebab yang mungkin adalah gangguan sistem sirkadian yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya pada waktu malam. Manurut IARC kerja syif malam boleh mengubah corak aktiviti-tidur, menyekat pengeluaran melatonin, dan menyahkawal gen yang terlibat dalam pembangunan tumor.

Ekzos Diesel

ekzos-dieselWalaupun bau berbahaya daripada ekzos diesel boleh mengingatkan anda mengenai rombongan atau percutian hujung minggu dengan bas, ia juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru. IARC mula mengklasifikasikan ekzos enjin diesel sebagai karsinogenik bagi manusia pada tahun 2012 berdasarkan dapatan kajian ke atas 12,000 pekerja lombong yang membuktikan bahawa pendedahan kepada ekzos diesel dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser paru-paru. Penyelidik mendapati bahawa kadar kanser paru-paru meningkat di kalangan mereka yang terdedah kepada ekzos diesel bawah tanah, lebih tinggi pendedahan dikaitkan dengan lebih tinggi kadar kanser. Di kalangan mereka yang mempunyai pendedahan tertinggi, kajian mendapati kematian akibat kanser paru-paru meningkat tiga kali ganda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *